Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Skechers tambah ‘power’ ke Sukan SEA Thailand

podiumontour November 19, 2025 2 minutes read
Skechers

MAJLIS penajaan antara pihak Skechers dan MOM sebagai penaja kasut rasmi kontinjen negara ke Sukan SEA Thailand 2025.

SETIAP atlet Malaysia yang akan beraksi di temasya Sukan SEA Thailand 2025 bakal diberikan dua pasang kasut jenama Skechers apabila turun bersaing dari 9 hingga 20 Disember ini.

Pemilihan Skechers sebagai penaja kasut rasmi kontinjen negara secara tidak langsung mampu menyemarakkan semangat barisan atlet apabila menggayakannya pada upacara pembukaan dan aktiviti sebelum turun ke gelanggang.

Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee berbangga pihaknya dapat terus kerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan berharap ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan atlet-atlet negara.

“Di Skechers, kami percaya keselesaan dapat memperkasakan prestasi. Kami mahu terus berikan sokongan kerana kami berbangga berdiri di belakang atlet-atlet kebangsaan yang membawa semangat kecemerlangan ke peringkat serantau,” katanya.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (dua dari kanan) turut menyempurnakan majlis penajaan antara Skechers dan MOM hari ini.

Skechers akan menyediakan 2,000 pasang kasut membabitkan model Max Cushioning Premier 2.0 dan GOrun Elevate 2.0 (lelaki), manakala Max Cushioning Elite 2.0 serta GOrun Elevate 2.0 (Wanita) dengan nilai tajaan berjumlah RM922,538.

Penajaan yang merupakan susulan kerjasama antara Skechers dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan Olimpik Paris 2024, bukan hanya buat Sukan SEA Thailand tetapi diteruskan sehingga 2028.

“Kerjasama jangka panjang ini menggambarkan komitmen bersama untuk memartabatkan sukan Malaysia dan menyokong atlet secara konsisten di pelbagai peringkat antarabangsa,” kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd. Nasir Ali.

ANTARA atlet negara (barisan depan) yang hadir sewaktu majlis penajaan antara Skechers dengan MOM di butik Skechers di The Exchange TRX hari ini.

Ia turut melibatkan empat temasya besar tahun depan iaitu Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina, Sukan Komanwel Glasgow, Sukan Olimpik Remaja Dakar dan Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Baki dua lagi temasya seterusnya iaitu Sukan SEA Malaysia 2027 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA

Post navigation

Previous: Demi kesihatan, Zii Jia tutup kalendar 2025
Next: ‘Dilema’ ratu kumite di Kejohanan Dunia

Related Stories

Pahang Rangers
  • Xtra

Pahang Rangers perkukuh modenisasi kelab

podiumontour May 15, 2026
Klinik NSL
  • Xtra

Klinik NSL buka laluan bakat muda ke pentas profesional

podiumontour May 11, 2026
PEKEMA
  • Xtra

Golf PEKEMA tawar hadiah lumayan RM500,00

podiumontour May 6, 2026

Recent Posts

  • Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
  • Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
  • Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
  • Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
  • Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.