Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Hadiah hari lahir paling bermakna buat Yee Teng

podiumontour July 23, 2026 1 minute read
Lie Yee Teng

YEE TENG bergambar kenangan bersama pingat gangsa dimenanginya di Stadium Jatidiri hari ini.

KEJAYAAN memenangi pingat gangsa Kejohanan Olahraga Terbuka Jawa Tengah (Jateng) 2026 hari ini menjadi hadiah hari lahir penuh bermakna buat pelari 100 meter (m) berpagar negara, Lie Yee Teng.

Apa tidaknya, kejohanan di Semarang, Indonesia itu merupakan aksi antarabangsa pertama buat Yee Teng yang genap usia 22 tahun hari ini (23 Julai), namun masih berupaya mencatat masa 14.492 saat (s).

“Sangat bersyukur dapat habiskan larian dan catat season best (catatan tahunan terbaik). Namun, saya belum puas lagi, mungkin kejohanan seterusnya saya boleh beri prestasi lebih baik daripada ini.

“Hari ini adalah hari lahir saya. Mungkin ini hadiah hari lahir paling bermakna untuk tahun ini. Saya sangat bersyukur dengan semuanya,” kata Yee Teng kepada Podium On Tour.

Atlet dari Universiti Putra Malaysia itu hampir-hampir berjaya membawa pulang pingat perak, tetapi dibezakan keputusan photo finish dengan Siti Nurhalizah dari DKI Jakarta yang merakam masa 14.488s.

Pingat emas dalam aksi final di Stadium Jatidiri itu menjadi milik juara Sukan SEA Thailand 2025 yang mewakili DKI Jakarta, Dina Aulia dengan masa 13.552s.

Sebagai rekod, Yee Teng mara ke final selepas meraih tempat kedua peringkat saringan 1 dengan masa 14.68s. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Peluang Emma Firyana buang gelaran ‘surat khabar lama’
Next: Tugas Kanishkann belum selesai, misi layak AUG 2026

Related Stories

Atlet SPM
  • Olahraga

Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM

podiumontour September 14, 2026
Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.