Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Tugas Kanishkann belum selesai, misi layak AUG 2026

podiumontour July 24, 2026 1 minute read
Kanishkann

KANISHKANN berjaya memenangi pingat gangsa 400m Terbuka Jateng 2026 di Stadium Jatidiri semalam (23 Julai).

PELARI 400 meter (m) negara, Kanishkann Nathan merakam masa kedua terpantasnya bagi tahun ini dengan catatan 48.62 saat (s) untuk meraih pingat gangsa Kejohanan Olahraga Terbuka Jawa Tengah (Jateng) 2026 semalam (23 Julai).

Begitupun, Kanishkann enggan cepat selesa kerana merasakan masih banyak kerja rumah perlu dilakukan dalam usahanya memburu slot kelayakan ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) KL 2026 pada Disember depan.

“Ada beberapa kesilapan larian saya lakukan seperti 200m kedua saya perlahankan rentak. Mungkin sepatutnya saya perlu kekalkan sahaja larian tetapi ia satu pengalaman yang bagus.

“Saya nak cuba layak ke AUG, jadi saya akan berusaha untuk mencapainya. Secara keseluruhan, saya rasa telah berikan yang terbaik dalam kejohanan antarabangsa kedua saya,” katanya kepada Podium On Tour.

Pingat emas dan perak 400m di Stadium Jatidiri, Semarang, Indonesia itu diraih Maulana Ismail dari UKM Atletik Unesa (48.07s) serta atlet PASI Sleman, Raditya Pututama (48.55s).

Rekod peribadi (PB) Kanishkann adalah 47.69s dicipta di Terbuka Malaysia 2025, manakala catatan tahunan terbaiknya (SB) pula 48.26s sewaktu menjuarai Terbuka Malaysia 2026.

Ia juga adalah pingat antarabangsa pertama Kanishkann untuk acara individu 400m selepas sebelum ini terkandas di peringat saringan Terbuka Singapura pada April lalu. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Hadiah hari lahir paling bermakna buat Yee Teng
Next: Penantian 2 tahun Hazriq pecah tembok sub14

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.