Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat

podiumontour July 31, 2026 1 minute read
Aqilah

AQILAH menjadi atlet angkat berat wanita pertama negara memenangi pingat perak di pentas Sukan Komanwel. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

KECEMERLANGAN skuad angkat berat negara di pentas Sukan Komanwel Glasgow 2026 diteruskan dan kali ini menerusi kejayaan Nor Aqilah Farhana Draman memenangi pingat perak acara 87 kilogram (kg).

Menariknya, pencapaian itu menjadikan Aqilah sebagai atlet angkat berat wanita pertama negara memenangi pingat perak dalam sejarah penganjuran Sukan Komanwel.

Aqilah, 20, yang baru kali pertama menyertai Sukan Komanwel, berjaya mengangkat 253kg, 113kg snatch dan 140kg clean & jerk di SEC hari ini.

Pingat emas dimenangi atlet England, Emily Campbell dengan angkatan keseluruhan 278kg (115kg snatch, 163kg clean & jerk), manakala gangsa pula diraih Etta Mae Love dari Kanada menerusi jumlah 250kg (106kg snatch, 144kg clean & jerk).

Sebagai rekod, Malaysia pernah meraih dua pingat gangsa menerusi Raihan Yusoff kategori 53kg pada 2010 di New Delhi, India dan Irene Jane Henry dalam acara 48kg di Glasgow kali ini.

Setakat ini, kem angkat berat negara begitu cemerlang dengan lima pingat emas dimenangi oleh Aniq Kasdan (60kg), Aznil Bidin (65kg), Erry Hidayat (79kg), Hafizuddin Roslin (88kg) dan Mohamad Syahmi Nor Ghazali (94kg). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Heritage Ride Taiping tawar pelajar pendaftaran percuma
Next: Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.