Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Hidayah mahukan PB baharu di Mokpo

podiumontour April 26, 2026 1 minute read
Hidayah

HIDAYAH berjaya membuat balingan sejauh 52.21m pada Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok, Disember tahun lalu. - OLAHRAGA MALAYSIA

ATLET baling tukul besi negara, Nurul Hidayah Lukman enggan menyerah kalah awal meskipun namanya tiada dalam program kebangsaan tahun ini.

Sebaliknya, Hidayah tetap bersemangat tinggi untuk membuktikan kemampuannya selepas membuka musim 2026 dengan langkah kanan.

Atlet berusia 25 tahun itu membuat balingan sejauh 50.27 meter (m) memenangi pingat emas Varsity Track & Field (VTF) 1 2026 di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang hujung minggu lalu.

Ia sudah tidak jauh dengan rekod peribadi (PB) sendiri, 52.60m dan kini mahu terus memperbaharuinya, sekurang-kurangnya mencecah 55m pada Kejohanan Balingan Mokpo, Korea Selatan dari 2 hingga 3 Mei ini.

“Perancangan saya nak masuk program MSN (Majlis Sukan Negara) semula dan buat 55m tahun ini.

“Buat masa sekarang agak bergelut sikit sebab saya kena kerja dan berlatih. Apapun saya perlu buat juga 55m tahun ini untuk cuba ke Sukan SEA tahun depan,” katanya kepada Podium On Tour.

Buat masa ini, Grace Wong Xiu Mei kekal sandaran terbaik negara dengan statusnya sebagai pemegang rekod kebangsaan dan Sukan SEA menerusi catatan 65.41m.

Grace menciptanya ketika meraih pingat emas Sukan SEA Thailand sementara Hidayah ketika itu berjaya menempatkan diri sebagai atlet kelima terbaik Asia Tenggara. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Azizulhasni si raja keirin Piala Dunia
Next: Kebangkitan epik Sivasangari tawan Piala Grasshopper

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.