Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Raja pecut baharu akhiri status ‘pelengkap finalis’

podiumontour June 6, 2026 2 minutes read
Haziq raja pecut

HAZIQ (tengah) bergambar selepas majlis penyampaian hadiah 100m VTF 2 di Stadium UnisZA hari ini. - SUKAN IPT

SETELAH mencuba sekian lama, akhirnya Muhammad Haziq Mohamad Akhir berjaya memahat namanya sebagai raja pecut Varsity Track & Field (VTF) 2 2026.

Ketiadaan raja pecut VTF 1, Danish Iftikhar Muhammad Roslee bagi edisi kali ini di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu membuka ruang buat Haziq memenangi pingat emas 100 meter (m) dengan masa 10.67 saat (s).

Haziq, 23, berjaya menewaskan dua rakan sepasukannya dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Reeve Kua Man Hong dan Mohammad Thaqif Mohammad Hisham yang memenangi perak dan gangsa dengan catatan 10.79s serta 10.80s.

“VTF sebelum ini saya di kalangan finalis sahaja, Alhamdulillah ini rezeki saya pada edisi kali ini untuk mendapatkan tempat pertama dan secara tak langsung mengambil peluang ketiadaan Danish Iftikhar.

“Perasaan saya sangat gembira tetapi tak begitu memuaskan kerana sasaran saya untuk mendapatkan rekod peribadi (PB) bawah 10.60s. Namun, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya dapat hari ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Ketika VTF 1 di Stadium Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada April lalu, Haziq menamatkan aksi final di tangga keempat dengan catatan 10.61s

Pada edisi 2025 juga menyaksikan pelari dari Selangor itu meraih tempat keenam (VTF 1), tempat kelima (VTF 2) dan tempat kelima pada Grand Final VTF 2025.

“Perancangan tahun ini saya mahu cuba melayakkan diri ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 untuk acara individu dan kuartet lari berganti-ganti,” jelas Haziq. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Impian besar Fatin Ilyana, ratu pecut baharu VTF2
Next: Percubaan kelima Adam Haqimi tuai pingat emas

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.