Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash

podiumontour July 31, 2026 1 minute read
Jojo

JOJO (kiri) melepaskan tumbukan ke arah Ondash dalam pertarungan ONE Championship di Stadium Lumpinee hari ini. - ONE CHAMPIONSHIP

JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar telah memberikan aksi yang cukup membanggakan biarpun tewas dengan keputusan ‘split decision’ kepada petarung dari Lubnan, Ramadan Ondash.

Petarung negara yang lebih dikenali sebagai Jojo itu terpaksa akur dengan keputusan berkenaan selepas bertarung sengit selama tiga pusingan pada aksi ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok hari ini.

Kekalahan itu menangguhkan hasrat bintang muda negara berusia 19 tahun tersebut untuk Kembali ke landasan kemenangan selepas tewas kepada Shimon Yoshinari dari Jepun pada saingan ONE Samurai pada April lalu.

Kali terakhir Jojo mencatat kemenangan ketika menumbangkan petarung Myanmar, Ye Yint Naung dalam saingan ONE Friday Fights 141 pada Februari lalu. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ONE CHAMPIONSHIP

Post navigation

Previous: Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
Next: Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Kuartet ‘turbo’ 4x100m campuran mampu podium Sukan Asia
  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.