Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel

podiumontour July 31, 2026 1 minute read
Shanti Pereira

SHANTI PEREIRA berjaya melayakkan diri ke pentas final 200m Sukan Komanwel Glasgow 2026. - SINGAPORE ATHLETICS

KEJAYAAN Veronica Shanti Pereira mara ke final 200m Sukan Komanwel Glasgow 2026 membuktikan Asia terutamanya Asia Tenggara layak dipandang tinggi.

Ratu pecut Singapura itu menjadi atlet wanita pertama Asia mara final 200m Sukan Komanwel dengan Season Best 22.81s selepas meraih No.3 aksi separuh akhir 3.

Shanti tamatkan larian di belakang pemegang rekod baharu Sukan Komanwel, Adaejah Hodge (British Virgin Islands) yang mencatat 22.01, memadam rekod lama Elaine Thompson-Herah (Jamaica), 22.02s dan Ashanti Moore (Jamaica), 22.49s.

Ini membuktikan Asia Tenggara bukan lagi pelengkap acara pecut meskipun realiti sukar mencabar podium menentang kuasa-kuasa besar Komanwel seperti Jamaica, Australia, England dan sebagainya.

Biarpun hanya 8 negara Asia di Sukan Komanwel – Singapura, Malaysia, Brunei, India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh & Maldives – kejayaan Shanti menjadi lembaran baharu buat Asia Tenggara.

Tak mustahil di masa depan lebih ramai atlet dari Asia Tenggara akan melangkah final acara pecut di pentas tinggi seperti Sukan Komanwel, Kejohanan Dunia mahupun Sukan Olimpik. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SINGAPORE ATHLETICS

Post navigation

Previous: Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
Next: Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash

Related Stories

Atlet SPM
  • Olahraga

Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM

podiumontour September 14, 2026
Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.