Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Jyh Kunn, Nawawi prospek masa depan Malaysia

podiumontour July 24, 2026 2 minutes read
Jyh Kunn Nawawi

JYH KUNN (tengah) dan Nawawi berjaya menaiki podium Terbuka Jateng 2026 semalam (23 Julai).

KEJAYAAN dua pelapis lompat tinggi kebangsaan, Kuan Jyh Yunn dan Mohamad Nawawi Mohamad menaiki podium Kejohanan Olahraga Terbuka Jawa Tengah (Jateng) 2026 di Semarang, Indonesia semalam (23 Julai) memberi 1,001 makna.

Jyh Yunn, 22, muncul juara kejohanan di Stadium Jatidiri itu dengan catatan 2.09 meter (m), manakala Nawawi, 19, berjaya meraih pingat gangsa selepas melepasi had ketinggian 1.98m.

Ia mengulangi catatan tahunan terbaik (SB) Jyh Kunn yang mempunyai rekod peribadi (PB) 2.15m, manakala PB Nawawi 2.12m dan SB pula 2.00m.

Ia turut menebus kekecewaan ketika mereka turun mewakili Malaysia buat kali pertama di pentas antarabangsa pada April lalu yang menyaksikan kedua-duanya terlepas podium Terbuka Singapura.

Ini juga kali pertama Jyh Yunn memenangi kejohanan di peringkat antarabangsa dalam kariernya berbanding Nawawi yang pernah meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Asia Tenggara bawah 20 tahun (SEA Youth) tahun lalu.

Situasi itu memberi bayangan positif kedua-duanya mungkin boleh menjadi antara calon untuk meneruskan legasi dua Olimpian negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa yang sehingga kini masih tiada lagi pengganti.

Menariknya, Jyh Kunn dan Nawawi kini berlatih di bawah Hup Wei yang pastinya sedang berusaha untuk menggilap teknik dan potensi mereka berdua untuk menyinar lebih jauh di masa depan.

Sebelum ini, dua pemenang gangsa Sukan SEA, Mohamad Eizlan Dahalan (edisi Hanoi 2021) dan Farrell Glenn Felix Jurus (Kemboja 2023) disebut-sebut penerus legasi Hup Wei serta Nauraj kerana PB masing-masing 2.18m dan 2.15m.

Sekiranya Eizlan dan Farrell kembali aktif dan agresif selepas ini, pastinya ia akan mewujudkan persaingan sengit merebut slot ke Sukan SEA Malaysia 2027.

Dalam masa sama, juara Varsity Track & Field (VTF) 2, Dyllon Thye Weng Ratchaga juga tidak boleh dipandang rendah kerana dia mempunyai catatan terbaik setakat tahun ini iaitu 2.15m. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Penantian 2 tahun Hazriq pecah tembok sub14
Next: Malaysian Tigress raih bekalan berharga di Eropah

Related Stories

Shanti Pereira
  • Olahraga

Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel

podiumontour July 31, 2026
Eljoe
  • Olahraga

Gangsa Komanwel pencapaian tertinggi Eljoe

podiumontour July 29, 2026
Latif Romly
  • Olahraga

Latif Romly terlalu unggul, ulangi sejarah 28 tahun

podiumontour July 29, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.