Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Penantian 2 tahun Hazriq pecah tembok sub14

podiumontour July 24, 2026 2 minutes read
Hazriq sub14

HAZRIQ (tengah) bergambar sewaktu majlis penyampaian pingat kejohanan di Stadium Jatidiri semalam (23 Julai).

BINTANG muda olahraga negara, Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau kini memahat namanya antara pelari sub14 Malaysia iaitu catatan masa bawah 14 saat (s) bagi acara 110 meter lari berpagar (110mh).

Ia susulan kejayaan Hazriq, 20, mencatat 13.96s untuk meraih pingat emas 110mh Kejohanan Olahraga Terbuka Jawa Tengah (Jateng) 2026 di Semarang, Indonesia semalam (23 Julai).

Baginya, ia satu penantian berbaloi selepas dua tahun menunggu untuk sub14 apatah lagi dia juga baru sahaja pulih daripada kecederaan koyak pangkal paha sepanjang 4 sentimeter (sm).

“Sebelum ini saya cedera dan terlepas Terbuka Malaysia 2026. Apa yang saya pegang adalah percayakan proses dan tidak sesekali berputus asa.

“Saya memang nak buat masa bawah 14s sejak 2024 lagi tetapi tiada rezeki buat saya sehinggalah tahun ini. Alhamdulillah hari ini saya dapat pecahkan No.14.

“Saya sangat bersyukur kerana Allah izinkan saya untuk buat masa 13 (13.96s) di kejohanan ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Menariknya, Hazriq berjaya memperbaharui PB sebanyak dua kali pada kejohanan itu, mengatasi PB lamanya 14.16s yang dilakukan sewaktu Varsity Track & Field (VTF) 1 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada April lalu.

Ia bermula dengan kejayaan atlet dari Johor itu mencatat 14.09s di peringkat saringan sebelum memperbaiki PB tersebut dengan masa 13.96s di pentas final.

Ini bermakna Hazriq menjadi pelari keempat negara yang masih aktif dalam acara 110mh mencatat sub14 diketuai pemegang rekod kebangsaan, Armin Zahryl Abd Latif dengan masa 13.58s.

Seterusnya Elvin Yap Zhi Xian dengan catatan 13.72s dan Rizzua Haizad Muhamad menerusi masa 13.85s. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Tugas Kanishkann belum selesai, misi layak AUG 2026
Next: Jyh Kunn, Nawawi prospek masa depan Malaysia

Related Stories

Atlet SPM
  • Olahraga

Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM

podiumontour September 14, 2026
Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.