Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Pengorbanan, kerja keras Shereen mula tuai hasil

podiumontour June 10, 2026 2 minutes read
Shereen Samson

SHEREEN (tengah) menunjukkan pingat emas dimenanginya pada Terbuka Taiwan baru-baru ini.

KEJAYAAN memenangi pingat emas Terbuka Taiwan sememangnya melonjakkan semangat Shereen Samson Vallabouy dalam pemburuannya memperbaharui rekod peribadi (PB) sekali gus memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri.

Sejak mengalami koyakan hamstring kiri sepanjang tiga sentimeter pada Disember lalu, Shereen tidak lagi menoleh ke belakang apabila merekodkan catatan tahunan terbaik (SB) dalam setiap kejohanan disertainya tahun ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu mempunyai SB terkini, 52.73 saat (s) di Terbuka Taiwan dan sudah tidak jauh dengan rekod kebangsaannya 51.79s dicipta di Tennessee, Amerika Syarikat dua tahun lalu.

“Ia mengambil masa sedikit lama daripada jangkaan saya untuk kembali ke tahap sebenar, namun saya sangat bersyukur dengan perjalanan ini dan mereka yang sentiasa mempercayai saya.

“Saya akan terus memanfaatkan peluang yang diberikan dan kerja keras ini tidak akan pernah berhenti,” kata Shereen.

Kecederaan hamstring menyebabkan Shereen tidak dapat mempertahankan emasnya di Sukan SEA Thailand 2025 dan terpaksa menanti hamper 11 bulan untuk perlumbaan pertamanya sejak Kejohanan Asia di Gumi, Korea Selatan pada 27 Mei 2025.

Aksi pertamanya di Terbuka Singapura, April lalu menyaksikan atlet dari Perak itu mencatat SB 54.24s sebelum memperbaikinya dengan masa 54.11 pada saingan Kinami Michitaka Memorial Meet di Osaka, Jepun sebulan kemudian.

Kemudian, Shereen mencatat 52.73s di Taiwan dan kini sekali lagi berpeluang merakam masa lebih pantas apabila dijadualkan menyertai Terbuka Hong Kong dari 12 hingga 14 Jun ini.

Berdasarkan prestasi semasa, tidak mustahil Shereen mampu menghampiri atau lebih manis memecahkan rekod kebangsaan dalam persediaannya tahun ini menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun pada September nanti. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Nikos impi terpantas di Terbuka Malaysia 2026
Next: Kejayaan Umar beri inspirasi kepada Aiman Najmi

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.