Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

podiumontour September 29, 2026 2 minutes read
boling padang

PRESIDEN PLBM, Datuk Awalan Abdul Aziz (tengah) pada sidang media Kejohanan Terbuka Malaysia - Piala The Royal Patron 2026 yang diadakan hari ini.

PERSEKUTUAN Boling Padang Malaysia (PLBM) akan menganjurkan Kejohanan Terbuka Malaysia – Piala The Royal Patron 2026 dari 25 hingga 31 Oktober 2026 ini bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu.

Kejohanan bertaraf antarabangsa itu akan menghimpunkan lebih 250 peserta termasuk hampir 120 pemain dari sembilan pasukan luar negara iaitu Australia, Brunei, Hong Kong, India, New Zealand, Filipina, Thailand, Sri Lanka dan Singapura.

Penganjuran Kejohanan Terbuka Malaysia – Piala The Royal Patron 2026 buat julung kalinya itu turut mencatat satu pencapaian penting apabila mendapat pengiktirafan sebagai Gold Sanctioned Event dari pihak World Bowls,

Ia sekali gus menawarkan pungutan mata ranking rasmi dunia kepada pemain yang mengambil bahagian.

Status itu meletakkan kejohanan itu mempunyai nilai kompetitif yang tinggi dalam kalendar boling padang antarabangsa, selain membuka ruang kepada pemain tempatan untuk bersaing secara langsung dengan jaguh-jaguh bertaraf dunia di gelanggang sendiri.

Bagi kejohanan itu, enam acara akan dipertandingkan melibatkan kategori lelaki, wanita, campuran serta para, iaitu:

• Men’s Singles
• Men’s Pairs
• Women’s Singles
• Women’s Pairs
• Mixed Pairs
• Para Open Pairs

Lebih istimewa, Kejohanan Terbuka Malaysia – Piala The Royal Patron 2026 turut menampilkan acara Para Open Pairs, menyaksikan penyertaan atlet para dalam kejohanan bertaraf antarabangsa.

Langkah tersebut mencerminkan komitmen PLBM dalam memperkukuhkan pembangunan lawn bowls secara inklusif, dengan memberi ruang dan platform yang sama kepada atlet para untuk beraksi, mendapatkan pendedahan serta mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

PLBM juga memaklumkan bahawa pihak mereka telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, penaung DiRaja bagi PLBM untuk berangkat merasmikan kejohanan itu.

Majlis perasmian kejohanan tersebut akan diadakan di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Gong Badak pada pukul 2.30 petang pada 27 Oktober nanti.

PLBM percaya penganjuran itu bukan sahaja akan memberi saingan berkualiti tinggi kepada para pemain, malah mampu memperluaskan jaringan antarabangsa, meningkatkan visibiliti sukan boling padang serta membuka lebih banyak peluang kepada Malaysia menjadi tuan rumah pada masa akan datang. – PODIUM ON  TOUR

Post navigation

Previous: Pecah rekod MSSM, Qaseh kini buru ‘straight A+’ SPM
Next: Malaysia ‘sebelah kaki’ ke Kelayakan Olimpik LA28

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.