Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Pencapaian Aleena, Syafiqa tetap membanggakan

podiumontour July 28, 2026 1 minute read
Aleena Syafiqa

ALEENA (kiri) dan Syafiqa berjaya memenangi pingat perak pairs wanita Sukan Komanwel Glasgow 2026. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

KEJAYAAN gandingan boling padang wanita negara, Aleena Ahmad Nawawi dan Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman meraih pingat perak tetap perlu diraikan kerana hampir berjaya membawa pulang emas Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Aleena-Syafiqa dikecewakan pasangan England, Amy Pharaoh-Sian Honor apabila tewas 4-5 di set pertama sebelum seri 5-5 dalam aksi final pairs Wanita di SEC hari ini.

Begitupun, ia tetap satu pencapaian membanggakan kerana berjaya mengubati kekecewaan kem boling padang negara yang terlepas pingat dalam acara berkenaan sewaktu edisi terakhir di Birmingham 2022.

Malah, ia juga menjadi pingat Komanwel pertama dalam karier Aleena sementara Syafiqa kini mengumpul kilauan perak yang kedua selepas pernah meraih tempat kedua acara triples wanita di Birmingham 2022.

Sebagai rekod, pingat gangsa acara pairs Wanita dimenangi Ireland Utara yang menewaskan Wales 2-0 dalam penentuan tempat ketiga. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Izzat Shameer tamat penantian 96 tahun Malaysia
Next: Latif Romly terlalu unggul, ulangi sejarah 28 tahun

Related Stories

boling padang
  • Sukan Lain

Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

podiumontour September 29, 2026
Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.