Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Nikos impi terpantas di Terbuka Malaysia 2026

podiumontour June 8, 2026 2 minutes read
Nikos VTF 2026

NIKOS berjaya meraih pingat emas 5,000m pada saingan VTF 2 di UniSZA baru-baru ini. - SUKAN IPT

PELARI jarak jauh Universiti Malaya (UM), Nikos Tai Lee Onn mengimpikan peluang menjuarai 10,000 meter (m) Terbuka Malaysia 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) dari 19 hingga 21 Jun ini.

Setakat bulan ini, Nikos masih memegang catatan tahunan terbaik 10,000m dalam kalangan pelari-pelari Malaysia dengan masa 32 minit 51.44 saat (s).

Menariknya, ia adalah catatan terbaik peribadinya dan pada masa sama turut menjadi rekod kejohanan.

Nikos melakukan masa itu ketika memenangi pingat emas Varsity Track & Field (VTF) 1 2026 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada April lalu.

Di VTF 2, Nikos tidak mengambil bahagian acara 10,000m, namun masih cemerlang menuai emas kategori 5,000m dengan masa 16:12.70s di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 5 Jun lalu.

“Saya nak cuba layak AUG (Sukan Universiti ASEAN) 2026 sebab sekarang masih belum terjamin lagi walaupun nama dah ada dalam senarai panjang.

“Kalau ikutkan saya perlu dapatkan masa Top 2 AUG edisi lepas untuk layak merit. Jadi saya akan cuba (kekalkan masa terpantas di Terbuka Malaysia),” katanya kepada Podium On Tour.

Untuk meraih emas Terbuka Malaysia tidak mudah buat Nikos kerana saingan sengit terutama tiga pemenang podium tahun lalu, M. Sanjay (emas 31:17.49s), B. Ruveshvaran (perak 32:16.62s) dan Muhammad Farooq Zubair Kanan (gangsa 32:26.00s).

Rekod 10,000m Malaysia dicipta legenda olahraga negara, M. Ramachandran dengan masa 29:30.19s pada Sukan Komanwel 1994 di Victoria, Kanada masih kekal bertahan sehingga hari ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Dari polo air ke lompat tinggi, Dyllon kini ranking No.1 2026
Next: Pengorbanan, kerja keras Shereen mula tuai hasil

Related Stories

Shanti Pereira
  • Olahraga

Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel

podiumontour July 31, 2026
Eljoe
  • Olahraga

Gangsa Komanwel pencapaian tertinggi Eljoe

podiumontour July 29, 2026
Latif Romly
  • Olahraga

Latif Romly terlalu unggul, ulangi sejarah 28 tahun

podiumontour July 29, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.