Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Dari polo air ke lompat tinggi, Dyllon kini ranking No.1 2026

podiumontour June 8, 2026 2 minutes read
Dyllon Thye

DYLLON mencipta sensasi dengan meraih pingat emas VTF 2 2026 menerusi catatan 2.15m di UnisZA semalam (7 Jun). - SUKAN IPT

ARENA olahraga tanah air kini menyaksikan kemunculan bintang baharu dalam acara lompat tinggi yang berpotensi meneruskan legasi jaguh-jaguh terdahulu seperti Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa.

Pada usia 22 tahun, Dyllon Thye Weng Ratchaga langsung tidak menjangka akan mendahului ranking pertama Malaysia dengan catatan tahunan terbaik tahun 2026.

Ia susulan kejayaan penuntut Universiti Malaya (UM) itu meraih emas dengan rekod peribadi (PB) melepasi had ketingggian 2.15 meter (m) pada Varsity Track & Field (VTF) 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Terengganu semalam (7 Jun).

Dyllon menewaskan Muhammad Danial Ubaidullah Zamzaimon dari Universiti Teknologi Mara di tempat kedua (2.00m) dan atlet Politeknik Malaysia, Muhammad Shazi Irfan Yuzi di tempat ketiga (1.85m).

Catatan itu cuma 0.01m untuk menyamai rekod kejohanan 2.16m dilakukan pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kemboja 2023, Farrel Glenn Felix Jurus pada tahun lalu.

“Saya tak jangka apa-apa sebab sekarang dalam persiapan ke Terbuka Malaysia, nak ‘peak’ di sana. Di Terbuka Malaysia nanti, saya kena buat lebih baik, dapatkan PB baru nak kejar 2.19m untuk program Podium.

“Hup Wei adalah jurulatih saya dan saya nak jadi macam dia. Kalau dapat 2.25m ke atas atau 2.30m adalah paling baik. Saya letak masa tiga tahun untuk cuba dapatkannya,” katanya kepada Podium On Tour.

Menariknya, perjalanan Dyllon dalam lompat tinggi hanya bermula serius pada usia 19 tahun di peringkat diploma reka bentuk grafik di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) sebelum ini.

Sebelum ‘terjun’ ke dunia lompat tinggi, atlet dari Cheras itu terlibat dengan pelbagai sukan lain antaranya polo air dan renang di TAR UMT.

Kecederaan bahu memaksa Dyllon mencari alternatif sukan lain dan mencuba sekali lagi dalam acara lompat tinggi yang akhirnya membaw tuah dalam kariernya.

Kesungguhannya membuktikan tiada istilah terlewat untuk berjaya dan mengharapkan keajaiban dia dapat mewakili Malaysia ke Kejohanan Olahraga Asia B23 2026 di Ordos, China dari 9 hingga 12 Julai ini.

“2.15m ini melayakkan saya ke Asia B23 tapi katanya tarikh dah tutup. Saya tak pasti lagi bagaimana tapi saya akan cuba dahulu.

“Saya tak pernah lagi wakil Malaysia, paling tinggi pun Sukma dan saya harap dapat peluang buat kali pertama beraksi di pentas kompetitif antarabangsa,” jelas Dyllon. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Haziq rampas ranking pertama 200m Malaysia
Next: Nikos impi terpantas di Terbuka Malaysia 2026

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Ledak 3 gol, keyakinan Azimuddin makin memuncak
  • Giliran Bangladesh jadi mangsa amukan Speedy Tigers
  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.