Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Penantian berbaloi, Kamal cipta PB & rekod baharu VTF

podiumontour June 5, 2026 2 minutes read
Kamal Farhan

KAMAL turut menyertai Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan bulan lepas dengan membuat lemparan sejauh 50.19m. - OLAHRAGA MALAYSIA

PENANTIAN empat tahun atlet lempar cakera negara, Kamal Farhan A. Rahman untuk memperbaharui rekod peribadinya (PB) akhirnya berakhir selepas membuat lemparan sejauh 50.96 meter (m).

Menariknya, catatan itu turut menjadi rekod baharu Varsity Track & Field (VTF selepas dia melakukannya untuk memenangi pingat emas VTF 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu hari ini.

Kamal, 25, mendedahkan dia terpaksa berehat panjang lebih kurang lapan bulan sejak menjalani pembedahan kaki kanan pada Julai tahun lepas dan hanya kembali berlatih sekitar Mac lalu.

“Tendon hamstring saya tercabut dari tulang. Kena masa tengah latihan balingan, seminggu sebelum pergi Terbuka Thailand. Harap ini kali pertama dan terakhirlah saya alami kecederaan panjang macam ini.

“PB saya sebelum ini 50.92m ketika AUG (Sukan Universiti ASEAN) Thailand 2022. Kali ini memang jangka dapat buat jarak 50m tetapi tak sangka lemparan pertama dah boleh PB baharu sebab saya rancang nak buat di Terbuka Malaysia.

“Saya nak ucap terima kasih kepada KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) kerana taja saya ke Korea (Kejohanan Balingan Asia) bulan lepas. Ia sangat membantu,” katanya kepada Podium On Tour.

Pingat perak dimenangi rakan sepasukan Kamal dari Universiti Putra Malaysia, Muhammad Firyal Asyqil Mohd Zawawi dengan catatan 40.58m sementara gangsa menjadi milik atlet Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ahmad Zakwan Iddin Alias (36.99m).

Sebagai rekod, empat kejohanan disertai Kamal tahun ini menyaksikan dia mencatat 48.98m (VTF 1), 50.19m (Balingan Asia), 49.90m (Terbuka Melaka) dan 50.96m (VTF 2).

Mengulas lanjut, Kamal berharap prestasinya terus konsisten dan menunjukkan peningkatan dalam setiap kejohanan dalam usahanya memenangi pingat emas pada AUG Malaysia 2026 hujung tahun ini.

“Di Thailand 2022 dulu saya menang gangsa dan kemudian saya dapat perak di Indonesia (edisi 2024). Sebab itu kali ini fokus utama saya nak menang emas AUG 2026,” jelasnya.  – PODIUM ON TOUR

 

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Perjuangan 41 hari Speedy Tigers bermula
Next: Fakrul Afizul cipta rekod baharu Malaysia

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.