Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Raih perak dengan galah pinjam

podiumontour October 28, 2025 2 minutes read
galah

GERFAN (tengah) muncul penyumbang pingat tunggal skuad olahraga negara pada AYG 2025.

KETIADAAN galah tidak menghalang atlet muda lompat bergalah negara, Gerfan Nigel Frank menaiki podium sebagai pemenang pingat perak Sukan Remaja Asia (AYG) 2025 di Bahrain pada Ahad lalu (26 Oktober 2025).

Permata berusia 15 tahun itu terpaksa meminjam galah daripada peserta Singapura pada aksi final di Stadium Nasional Bahrain tetapi masih berupaya mencipta kejutan termasuk mengukir rekod peribadi baharu.

“Kita mampu cipta kejutan walaupun galah terpaksa pinjam dari negara lain oleh kerana penerbangan Emirates tidak membenarkan kita untuk membawa galah sendiri,” kata jurulatihnya, Mohamad Farzurullah Rosli.

Lompatan 4.50 meter (m) Gerfan dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah itu bukan sahaja meraih pingat perak, tetapi turut menjadi rekod peribadi baharu, mengatasi catatan terdahulu 4.30m.

Pingat emas acara itu dimenangi atlet Thailand, Tanakorn Daengmanee menerusi rekod baharu kejohanan 5.00m, memadam catatan lama 4.81m dicipta Sho Hibasa dari Jepun pada edisi Singapura 2009.

Tempat ketiga pula menjadi milik Yunfan Jiang yang meminjamkan galahnya kepada Gerfan selepas mengatasi had ketinggian 4.40m.

Ketua jurulatih skuad olahraga negara ke AYG 2025, Muhd. Khairi Amri amat berbangga dengan pencapaian itu memandangkan ia satu-satunya pingat berjaya dimenangi anak-anak buahnya sepanjang kejohanan itu.

“Secara keseluruhannya pencapaian atlet olahraga muda negara kini berada dalam keadaan baik kerana masing-masing berjaya melakukan catatan peribadi terbaik selain ada yangg mengalami kecederaan semasa pertandingan.

“Satu pingat perak ini amat berharga kerana rata-rata atlet kita berusia 15 tahun dan tidak pernah dibawa menyertai mana-mana temasya sukan peringkat ASEAN atau Asia. Namun, mereka tunjukkan semangat juang tinggi seolah-olah dahagakan kejayaan,” katanya. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Next: Finalis dunia ‘berkampung’ di Bangkok

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.