Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Rekod dunia 24 tahun lebur

podiumontour February 22, 2026 1 minute read
rekod dunia

KEELY HODGKINSON

RATU olahraga Great Britain, Keely Hodgkinson mencipta rekod baharu 800 meter dalam dewan (indoor) dunia dengan masa 1 minit 54.87 saat.

Catatan di Lievin, Perancis (20 Feb) itu memadam rekod 800m indoor dunia sebelum ini dicipta Jolanda Ceplak dari Rep. Czech, 1:55.82s pada Mac 2002.

Hodgkinson, 23, kini boleh menyasarkan untuk memadam catatan paling lama dalam senarai rekod dunia, 800m (outdoor) , 1:53.28s masih dipegang legenda Rep. Czech, Jarmila Kratochvilova pada Julai 1983.

Kejayaan Hodgkinson boleh menjadi inspirasi buat atlet-atlet negara dalam cubaan umemadam rekod 800m lelaki & wanita Malaysia yang mana ia adalah antara rekod tertua kebangsaan.

Rekod 800m lelaki Malaysia
1:47.37s Batumalai Rajakumar (26 Sept 1985)
Dicipta di Kejohanan Olahraga Asia, Jakarta

Rekod 800m wanita Malaysia
2:07.44s Josephine Mary Singarayar (30 Sept 1986)
Dicipta di Sukan Asia, Seoul

Sandaran terbaik Malaysia buat masa ini ialah Wan Muhammad Fazri Wan Zahari dengan PB1:47.64s yang diciptanya di Gumi, Korea Selatan tahun lepas. Selamat maju jaya Wan Fazri, anda boleh lakukan! – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Azeem pecah rekod Malaysia lagi
Next: Syafiq rela berkorban, Aidilfitri di perantauan

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.