Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Selepas 2 dekad, misi Norliyana belum selesai

podiumontour February 24, 2026 3 minutes read
Norliyana

NORLIYANA

KEJAYAAN kembali menaiki podium Sukan SEA membakar semula semangat perjuangan Norliyana Kamaruddin yang sebelum ini merasakan edisi 2025 di Bangkok, Thailand pada Disember lalu mungkin menjadi penampilan terakhirnya.

Pingat gangsa acara lompat tinggi itu menjadi bukti Norliyana masih relevan buat skuad olahraga negara untuk beraksi di pentas lebih tinggi meskipun umurnya sudah berusia 35 tahun.

Kini, Norliyana yang merupakan anggota paling lama dalam skuad olahraga negara iaitu hampir dua dekad sejak 2007, berharap dapat beraksi di salah satu temasya besar tahun ini sama ada Sukan Komanwel Glasgow atau Sukan Asia Aichi-Nagoya.

“Hampir dua dekad sebenarnya satu tempoh yang sangat panjang. Tetapi saya mahu teruskan, badan pun belum tunjuk tanda-tanda mahu berhenti. Maksudnya saya boleh lagi beraksi di tahap kompetitif tinggi.

“Pingat gangsa di Sukan SEA Thailand benar-benar ‘hidupkan’ saya semula. Kalau ikutkan tahun ini ada dua temasya besar tetapi saya masih tidak tahu tersenarai atau tidak.

“Kalau boleh saya mahu ke Sukan Komanwel sebab tak pernah lagi beraksi. Dahulu pun cuma Sukan Komanwel Remaja. Namun, saya juga akan berusaha untuk Sukan Asia di Jepun tahun ini,” katanya kepada Podium on Tour.

Norliyana memulakan karier pada Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, Thailand pada usia 16 tahun dengan meraih tempat kelima lompat tinggi yang ketika itu dimenangi atlet Vietnam, Bui Thi Nung dengan catatan 1.88 m meter (m).

Setahun kemudian, Norliyana meraih gangsa Sukan Komanwel Remaja 2008 di Pune, India dan cuba mengatasi rekod kebangsaan 1.78m kepunyaan Shabana Khanum Jalal Din yang dicipa sejak 2005, namun terpaksa akur dengan catata 1.76m sahaja sewaktu Sukma 2010.

Rekod itu kemudian dipadam oleh Yap Sean Yee dengan catatan 1.79m pada 2015 sebelum bekas pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu memperbaharuinya dengan had ketinggian 1.83m di Sukan SEA KL 2017.

Pada 2017, Norliyana beralih ke heptatlon menyaksikan dia memadam rekod berusia 36 tahun milik legenda Datuk Zaiton Othman dengan 5247 mata dan memecahkannya buat kali kedua, kali ini menerusi catatan 5262 pada Sukan SEA Hanoi 2021.

Peralihan ke heptatlon membawa tuah buat atlet dari Negeri Sembilan itu apabila dua kali berturut-turut menaiki podium Sukan SEA iaitu Manila 2019 (perak) dan Hanoi 2021 (gangsa), namun gagal meneruskannya pada edisi Kemboja 2023.

Fokus sepenuhnya diberikan kepada lompat tinggi yang sememangnya kepakaran buat Norliyana menuai hasil lumayan apabila meraih gangsa Sukan SEA Thailand 2025 sekali gus menebus kekecewaan di Phnom Penh, Kemboja.

Kini, Norliyana berharap diberikan peluang beraksi di Sukan Komanwel Glagsow (23 Julai-2 Ogos) dan Sukan Asia Aichi-Nagoya (19 September-4 Oktober) sebagai langkah persediaan sebelum ke Sukan SEA KL 2027.

Ia akan menjadi detik perpisahan paling manis bergelar ratu lompat tinggi Asia Tenggara di laman sendiri dengan memenangi pingat emas pertama Sukan SEA dalam karier Norliyana sekali gus menutup perjalanan panjangnya selama 22 tahun. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Syafiq berlatih seorang diri di Kenya demi impian
Next: SRG antara pasukan lokal di MPL MY S17

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.