Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Syafiq berlatih seorang diri di Kenya demi impian

podiumontour February 24, 2026 2 minutes read
Syafiq

SYAFIQ (tengah) memilih berlatih di Iten sebagai persediaan awal ke Sukma Selangor.

ATLET pelapis olahraga negara, Syafiq Nazim Mydin ‘keluar daripada zon selesa’ dengan mencabar diri berlatih di Iten, Kenya sebagai persediaan sebelum Sukma Selangor nanti.

Menjadi satu-satunya dari Malaysia di kem HATC (High Altitude Training Centre) tanpa keluarga atau kenalan, atlet muda 18 tahun itu mengakui ini adalah satu pengalaman cukup bernilai.

Segalanya bagi mencapai impian menang emas dan PB di Sukma Selangor dalam usaha mewakili Malaysia bagi acara kegemaran, 3,000m steeplechase (SC) di Sukan SEA satu hari nanti.

“Dalam kem susah sikit nak buat kawan. Sebab mostly datang sekejap, berkumpulan, 2 minggu dan balik. Saya lama lagi, dari bulan lepas, raya nanti baru balik Malaysia.

“Tentu ada rasa homesick, rindu rumah, keluarga, makanan Malaysia sebab memang jauh beza dengan Kenya.

“Semangat saya kuat sebab keluarga. Ibu ayah sentiasa telefon, ingatkan apa tujuan saya datang ke sini, jangan lari daripada matlamat,” katanya kepada Podium on Tour.

Cabaran sekarang termasuk perlu sesuaikan diri dengan cuaca dan persekitaran, perbezaan bahasa, pemakanan dan juga berpuasa pastinya menjadi bekalan terbaik untuk masa depan.

Contoh terbaik adalah pemegang rekod 100m kebangsaan, Azeem Fahmi juga seorang diri di AS dengan segalanya berbeza tapi masih cemerlang dari segi sukan & pelajaran. – PODIUM ON TOUR

PB Syafiq Nazim 

1,500m – 4:09.53s
3,000m SC – 10:05.15s
2,000m SC – 6:14.46s (Rekod MSSM)
Olahragawan B18 MSSM 2025

Post navigation

Previous: Cuaca sejuk 12 celsius, Speedy Tigers, Mesir seri 2-2
Next: Selepas 2 dekad, misi Norliyana belum selesai

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.