Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Speedy Tigers sasar kebangkitan menentang Perancis

podiumontour August 16, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

BARISAN pemain negara berjaya menjaringkan satu gol ke atas Jerman menerusi Azrai Aizad Abu Kamal biarpun tewas 1-5 semalam. - FIH

SKUAD hoki negara sekali lagi perlu memberikan persembahan terbaik menentang Perancis yang hampir-hampir mencipta kejutan ke atas Belgium menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia malam esok.

Perancis berjaya mendahului Belgium 2-1, sebelum pasukan No.1 dunia itu bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2 semalam.

Tiada pilihan, Speedy Tigers perlu bangkit menebus kekecewaan tewas 1-5 kepada Jerman semalam dengan memburu keputusan positif dalam aksi di Arena Hoki Belfius itu nanti.

“Seperti yang anda tahu, Perancis adalah pasukan yang hebat. Mereka memberikan saingan sengit kepada Belgium sehingga 10 minit terakhir. Mereka kini dalam Pro League, jadi sememangnya pasukan yang sangat berkualiti.

“Mereka mendahului 2-0 sebelum Belgium bangkit menerusi beberapa pukulan sudut penalti di saat akhir. Jadi kami perlu tampil lebih baik berbanding semalam dan ia akan menjadi cabaran yang besar,” kata ketua jurulatih skuad negara, Brendon Carolan.

Berdasarkan tujuh rekod pertemuan, peluang dilihat seimbang buat kedua-dua pasukan dengan Malaysia mencatat tiga kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan sejak kali pertama bertemu pada Sukan Olimpik 1968.

Biarpun tewas 1-3 dalam pertemuan terakhir dengan Perancis ketika Piala Negara-Negara 2023-2024, namun Speedy Tigers juga pernah menewaskan pasukan No.9 dunia itu iaitu 4-1 pada Semi Final Liga Dunia 2015.

Carolan pastinya mengharapkan peningkatan daripada anak-anak buahnya kerana ia amat penting sebagai persediaan akhir sebelum mereka turun berjuang di Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Hazriq Mat Kilau padam rekod 18 tahun SUKMA
Next: Magis Faizal ditagih lawan Perancis

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.