Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Syamimi Amalia tak menyesal pilih Hyrox

podiumontour May 15, 2026 2 minutes read
Syamimi Amalia Hyrox

SYAMIMI tidak menyesal dengan keputusannya memilih untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada sukan Hyrox. - SYAMIMI AMALIA

PINGAT emas Sukan SEA Thailand 2025 menjadi penamat indah kisah gimnas negara, Syamimi Amalia Shahrizam yang kini beralih ke sukan Hyrox.

Jika dahulu rutin reben dan bola, kini Syamimi sedia menggegarkan arena Hyrox dengan semangat yang sama sebagai seorang juara.

Walaupun baru berusia 18 tahun tetapi Syamimi tidak menyesal meninggalkan sukan gimrama yang telah diceburinya sejak berusia 10 tahun.

“Sekarang saya mahu cabaran baharu dan saya pilih Hyrox. Saya suka mencabar diri. Saya boleh lihat sejauh mana kemampuan saya dalam sukan ini dan membina mentaliti yang kuat,” katanya kepada Podium On Tour.

Syamimi Amalia
SYAMIMI (empat dari kiri) bersama rakan sepasukannya memenangi pingat emas Sukan SEA Thailand 2025. – SYAMIMI AMALIA

Di Bangkok pada Disember tahun lalu, Syamimi berjaya meraih pingat emas acara berpasukan bersama Ng Joe Ee,Valeria Ng, Bernice See, Carol Yuan, Mavia Wong, Lim Xian Yar, Miai Ong Xiao Han dan Lai Yun Jo.

Kejayaan itu boleh dianggap bersejarah kerana menamatkan penantian lapan tahun dalam disiplin berkenaan sejak edisi Kuala Lumpur 2017.

Namun, ia masih belum mencukupi untuk ‘memujuk’ Syamimi yang turut meraih dua perak dalam apparatus ketika itu, dengan masalah kecederaan menjadi antara sebab keputusan itu dibuat awal tahun ini.

“Saya pernah retak buku lali kiri dan rasa tak mampu bertanding dalam 6 rutin, tetapi jurulatih beri semangat dan saya berjaya menang gangsa Sukma Selangor.

Syamimi Amalia Hyrox
SYAMIMI bakal menyertai pertandingan Hyrox keduanya di Jakarta awal Jun ini. – SYAMIMI AMALIA

“Saya juga koyak dua ligament dan terseliuh buku lali kanan lima hari sebelum kejohanan antarabangsa pertama saya sebagai atlet kebangsaan pada 2023. Namun, saya masih dapat bersaing dalam kejohanan itu.

“Kecederaan saya makin teruk pada 2024 dan terlepas kejohanan hampir setahun. Walaupun 2025 tahun paling sukar dalam karier saya, namun pingat emas Sukan SEA adalah satu kenangan yang tak dapat dilupakan,” jelas Syamimi.

Biarpun tiada lagi impian beraksi di pentas tertinggi seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik bersama gimrama, namun Syamimi percaya dia mempunyai potensi untuk bersinar dalam sukan Hyrox.

Penampilan pertamanya di pentas Hyrox di Singapura bulan lalu menyaksikan dia berjaya melengkapkan semua rutin dan kini bersedia untuk menghadapi aksi kedua, Hyrox Jakarta pada 28 Jun ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SYAMIMI AMALIA

Post navigation

Previous: Pahang Rangers sasar permulaan sempurna MPFL 2026
Next: Peluang Shimizu cipta satu lagi rekod dunia 100m

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.