Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Peluang Shimizu cipta satu lagi rekod dunia 100m

podiumontour May 16, 2026 2 minutes read
Sorato Shimizu

SHIMIZU memegang rekod dunia 100m B18 dengan catatan masa 10s yang dilakukannya pada 26 Julai 2025. - SEIKO GOLDEN GRAND PRIX

BINTANG pecut muda Jepun, Sorato Shimizu berpeluang besar untuk mencipta satu lagi rekod dunia baharu dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Seiko Golden Grand Prix 2026 esok (17 Mei).

Jika dapat mencatat bawah 10saat (sub10), Shimizu akan menjadi pelari termuda dalam sejarah dunia berjaya melakukannya pada usia 17 tahun 3 bulan 9 hari.

Ketika ini, Shimizu adalah pemegang rekod dunia 100m bawah 18 tahun (B18) dengan masa 10s yang dilakukannya di usia 16 tahun 168 hari pada Kejohanan Sekolah Menengah Seluruh Jepun di Hiroshima pada 26 Julai tahun lalu.

Shimizu memecahkan rekod lama, 10.06s dipegang bersama oleh Christian Miller dari Amerika Syarikat dan Puripol Boonson, raja pecut Thailand yang kini muncul pelari ketiga terpantas Asia dengan masa 9.94s.

Difahamkan, pelari termuda pernah mencipta sub10 ialah Tate Taylor di usia 17 tahun, 7 bulan dan 7 hari dengan catatan 9.92s dalam Kejohanan UIL State 6A pada 3 Mei 2025.

Malangnya, catatan itu tiada dalam rekod World Athletics (WA) kerana kejohanan berkenaan tidak berdaftar dengan WA, bermakna catatan terbaiknya adalah 10.10s.

Jika mengikut kepada catatan yang direkodkan dalam WA, Christian Miller masih lagi memegang rekod pelari termuda dunia mencatat sub10 dengan masa 9.9s pada usia 17 tahun, 11 bulan, 4 hari.

Berdasarkan pencabar di Seiko Golden Grand Prix kali ini, Shimizu berpeluang besar untuk melakukannya kerana bakal berentap dengan pemenang pingat emas Olimpik Paris, Noah Lyles.

Antara pencabar lain ialah tiga rakan senegaranya dari Jepun, Yoshihide Kiryu, Hiroki Yanagita dan Yuhi Mori selain Jerome Blake (Kanada) serta Marcellus Moore (Amerika Syarikat). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SEIKO GOLDEN GRAND PRIX

SORATO SHIMIZU

Pemegang rekod dunia 100m B18
DOB: 8 Februari 2009
PB: 10s (100m), 20.97s (200m)

Post navigation

Previous: Syamimi Amalia tak menyesal pilih Hyrox
Next: Azeem, Ajayi terlepas final SEC 2026 di Auburn

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.