Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Azeem, Ajayi terlepas final SEC 2026 di Auburn

podiumontour May 16, 2026 1 minute read
Azeem Fahmi

AZEEM mencatat masa 10.31s untuk mengakhiri perlumbaan saringan 3 Kejuaraan SEC 2026 di tempat ketiga. - AUBURN TRACK & FIELD

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terlepas tiket final 100 meter (m) pada Kejuaraan SEC 2026 yang berlangsung di ‘rumahnya’, Universiti Auburn, Alabama pagi tadi (16 Mei).

Azeem mencatat masa 10.31 saat (s) untuk mengakhiri saringan 4 di tempat ketiga, di belakang Denzel Simusialela dari Kentucky dan Adekalu Fakorede (Mississippi State).

Situasi itu menyebabkan Azeem terpaksa akur gagal meraih tiket automatik ke final sebagai salah seorang daripada lima juara peringkat saringan.
Catatan masa 10.31s itu juga menyaksikan Azeem berada di kedudukan ke-15 keseluruhan, dengan baki dua lagi slot ke final menjadi milik Dekell Minor (Ole Miss: Universiti Mississippi, 10.14s) dan Traunard Folson (Tennesee, 10.19s).
Ajayi Azeem Fahmi
AJAYI juga terlepas tiket ke final apabila catatan masanya 10.21s gagal untuk menyambar dua slot terakhir daripada lima saringan.
Nasib sama juga dialami rakan sepasukan Azeem yang merupakan antara pilihan untuk memenangi pingat emas kejohanan itu, Kanyinsola Ajayi.
Mungkin kerana terlalu yakin menang saringan, Ajayi antara pilihan utama meraih pingat emas, memperlahankan larian pada 20-30m terakhir.
Ia memakan diri apabila dipintas seorang lagi pelari Auburn, Tyler Davis yang layak automatik ke final sebagai juara peringkat saringan, manakala catatan Ajayi belum cukup untuk ke final.
Sebagai rekod, Ajayi mempunyai PB 100m 9.88s, pernah beraksi di separuh akhir Olimpik Paris 2024 dan finalis Kejohanan Dunia 2025. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – AUBURN TRACK & FIELD

Post navigation

Previous: Peluang Shimizu cipta satu lagi rekod dunia 100m
Next: 2 pencabar Danish Iftikhar ada PB 10.06s & 10.08s

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.