Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Ratu pecut VTF 1 2026 milik Wardatul Huwaida

podiumontour April 18, 2026 1 minute read
Wardatul VTF

WARDATUL (kanan) terlebih dahulu melintasi garisan penamat sebagai juara 100m VTF 1 2026 di USM semalam (17 April). - PODIUM ON TOUR

ADA sebab tersendiri pelari pecut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka layak berbangga dengan kejayaannya memenangi pingat emas 100 meter (m) Varsity Track & Field (VTF) Siri 1 2026.

Bukan setakat bergelar ratu pecut, tetapi Wardatul turut mencipta rekod peribadi (PB) baharu, 11.97 saat (s) pada aksi final berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang semalam (17 April).

PB atlet berusia 23 tahun itu sebelum ini adalah 12.05s yang diciptanya sewaktu Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Kangar, Perlis tahun lepas.

Atlet yang berada dalam program podium kebangsaan, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pingat perak dengan catatan 12.11s.

Pingat gangsa menjadi milik rakan sepasukan Wardatul dari UPSI, Fatin Ilyana Mat Nayan dengan catatan 12.23s.

Biarpun mencipta PB baharu, namun ia masih belum mencukupi buat Wardatul yang berasal dari Terengganu, untuk memecahkan rekod 100m kejohanan.

Rekod kejohanan, 11.89s masih lagi dipegang Zaidatul Husniah Zulkifli yang juga merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan masa 11.49s. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Danish Iftikhar raja pecut VTF 1 2026
Next: 2 rekod lebur di hari pertama VTF 1

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.