Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Nora Lyana takluk Terbuka Thailand kali ketiga

podiumontour April 20, 2026 2 minutes read
Nora Lyana

NORA LYANA menjuarai kategori stepladder wanita Terbuka Thailand di Bangkok hari ini (20 April). - MTBC

GELARAN Terbuka Thailand 2026 menjadi suntikan semangat terbaik buat Nora Lyana Nastasia Norkamal menghadapi Jelajah PWBA 2026 bermula 30 April hingga 18 Ogos.

Nora Lyana baru sahaja menjuarai kategori stepladder wanita Terbuka Thailand edisi ke-50, menewaskan New Hui Fen dari Singapura di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Bangkok hari ini (20 April).

“Saya amat bersyukur kerana berjaya meraih gelaran ini buat kali ketiga. Ia sangat bermakna, lebih-lebih lagi ia memberi suntikan semangat yang besar untuk saya hadapi Jelajah PWBA tahun ini.

“Keupayaan untuk mengharungi keadaan loronf yang mencabar dan melangkah hingga ke penghujung pertandingan benar-benar terasa seperti satu keberkatan.

“Saya tidak mampu mencapainya tanpa sokongan jurulatih, rakan sepasukan, kawan-kawan, serta semua penyokong hebat di sini dan di tanah air. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya,” katanya.

Tempat ketiga Terbuka Thailand dimenangi seorang lagi pemain negara, Gillian Lim.

Nora Lyana, 26, juga berharap pencapaian itu menjadi titik permulaan buatnya kekalkan momentum hingga ke Kejohanan Asia 2026 di Doha, Qatar pada November nanti.

“Saya berharap dapat teruskan momentum ini sepanjang tahun dan terus menampilkan prestasi terbaik hingga ke Kejohanan Asia.

“Saya juga amat berterima kasih kepada penaja peribadi saya, Brunswick, FexieWear dan Switch Edu, kerana sentiasa percaya kepada saya dalam setiap langkah perjalanan ini,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MTBC

Post navigation

Previous: 8 rekod baharu VTF, impak penarafan World Athletics
Next: Rupanya Wardatul cedera ketika hatrik emas VTF

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.