Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Ada sebab Nani tak janji rekod Malaysia di Mokpo

podiumontour April 29, 2026 2 minutes read
Nani Sahirah

NANI membuka musim 2026 dengan lontaran sejauh 14.83m ketika menjuarai VTF 1 2026 di USM hujung minggu lalu. - SUKAN IPT

RATU lontar peluru Asia Tenggara, Nani Sahirah Maryata tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa daripadanya pada Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan dari 2 dan 3 Mei ini.

Begitupun, Nani, 25, tetap akan berusaha mendapatkan catatan tahunan terbaiknya (SB) memandangkan Mokpo adalah kejohanan antarabangsa pertamanya bagi 2026 selepas permulaan musim yang positif Varsity Track & Field (VTF) 1.

Nani yang memenangi pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, tiada masalah untuk mengungguli VTF 1 2026 di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang minggu lalu dengan lontaran sejauh 14.83 meter (m).

“Untuk pembukaan tahun, bagi saya VTF satu permulaan yang baik, sebabnya saya mulakan dengan 14.83m, jadi penyutik semangat untuk saya nilai lagi di kejohanan seterusnya di Mokpo.

“Maknanya ada yang perlu ditambah baik dari segi kekuatan dan teknik. Jadi di Mokpo nanti, sekurang-kurangnya saya sasar boleh beri saingan dan dapat lakukan SB.

“Nak katakan untuk peak (rekod kebangsaan) tidak lagi buat ini kerana terlalu awal. InsyaAllah pada Jun nanti,” katanya kepada Podium On Tour.

Atlet kebanggaan Pahang dari Kuantan itu mencipta rekod kebangsaan 16.36m ketika menakluk Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok pada Disember tahun lalu.

Nani antara 11 atlet balingan akan beraksi di Mokpo nanti selain seorang lagi pemegang rekod lontar peluru yang juga juara Sukan SEA Thailand 2025, Jonah Chang Rigan.

Ia termasuk dua atlet lempar cakera, Queenie Ting Kung Ni dan Kamal Farhan A Rahman selain tiga atlet baling tukul besi, Sadat Marzuqi Ajisan, Grace Wong Xiu Mei dan Nurul Hidayah Lukman.

Bakinya adalah empat atlet lempar cakera, Ng Jing Xuan, Chai Kai Lee, Elrick Roslee dan Cheah Wei Jun. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Maybank buktikan pencabar serius kejuaraan MHL
Next: Queenie di mood terbaik, mungkin pecah NR di Mokpo

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.