Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Queenie di mood terbaik, mungkin pecah NR di Mokpo

podiumontour April 30, 2026 1 minute read
Queenie

QUEENIE mahu konsisten membuat lemparan melebihi jarak 50m pada saingan di Mokpo. - SINGAPORE ATHLETICS/ @ADIB.POV

SEPERTI mendapat aura baharu, ratu lempar cakera negara, Queenie Ting Kung Ni teruja untuk memberikan prestasi terbaiknya pada Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan dari 2 dan 3 Mei ini.

Queenie mahu meneruskan hasratnya yang tertangguh di Terbuka Singapura baru-baru ini selepas tidak berjaya memadam rekod kebangsaan miliknya, 52.77 meter (m).

“Sasaran kejohanan kedua kali ini untuk konsisten lepas 50m dan kalau dapat, ada rezeki buat rekod kebangsaan (NR).

“Kalau ikutkan memang di Singapura hari itu, tapi tak dapat. Tak apa, kita boleh fokus balik untuk Mokpo ini dengan yang akan datang di Jepun nanti,” katanya.

Bagi Queenie, kem latihan intensif seminggu di Pulau Pinang berakhir minggu lalu sangat membantunya menetapkan semula fokus terbaik selepas sekadar mencatat 49.8m di Terbuka Singapura.

Malah, ia secara tidak langsung menaikkan semula semangat dan keterujaannya untuk cuba memberikna saingan di Mokpo kali ini.

“Bila rutin harian kita dikelilingi dengan persekitaran latihan dan matlamat yang jelas, ia secara tidak langsung membetulkan fokus minda saya.

“Saya kini lebih teruja dan tidak sabar untuk kembali beraksi serta menikmati setiap balingan di padang nanti,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SINGAPORE ATHLETICS / @ADIB.POV

Post navigation

Previous: Ada sebab Nani tak janji rekod Malaysia di Mokpo
Next: Peluang atlet Malaysia cabar powerhouse dunia

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.