Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Andre raih pingat perak di Qosanov Memorial

podiumontour July 1, 2026 2 minutes read
Andre Anura Anuar

ANDRE (kiri) bergambar bersama pemenang pingat emas dan gangsa Qosanov Memorial lewat malam tadi (30 Jun).

ATLET lompat jauh negara, Andre Anura Anuar boleh dikatakan semakin kembali menemui tahap terbaiknya apabila memenangi pingat perak Qosanov Memorial 2026 di Shymkent, Kazakhstan lewat malam tadi (30 Jun).

Andre, 27, berjaya melakukan lompatan sejauh 7.44 meter (m) pada aksi di Stadium Kazhymukan Munaitpasov itu sekali gus memperbaiki prestasi dalam dua kejohanan terakhirnya tahun ini, Kejohanan Lompatan Asia dan Terbuka Korea.

Ia adalah podium antarabangsa kedua pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 itu dalam kalendar tahun 2026 selepas membuka musim ini dengan kejayaan pingat perak di Terbuka Singapura pada April lalu.

Biarpun masih jauh dengan rekod kebangsaan miliknya 8.02m, namun Andre gembira dengan persembahannya yang menunjukkan petanda positif dan hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk Kembali ke tahap terbaik.

“Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati walaupun lompatan terakhir saya batal tetapi sekurang-kurangya lebih bagus dari Korea.

“Lagipun ini kejohanan kedua selepas kami loading (latihan gim), jadi memang sasar untuk berikan aksi terbaik di sini tetapi tiada rezeki sebab ada beberapa lompatan saya batal.

“Namun, rentak apa semua boleh dikatakan di landasan tepat, cuma perlukan satu kejohanan lagi untuk dapatkan keputusan,” katanya kepada Podium On Tour.

Pingat emas dimenangi oleh Ildar Ahmadiev dari Tajikistan dengan jarak 7.62m, manakala gangsa menjadi milik atlet Azerbaijan, Jabir Aliyev (7.38m).

Selepas ini, Andre yang berasal dari Tenom, Sabah yang juga suami kepada pemain skuasy negara, Aifa Azman akan turun memberikan aksi lebih baik pada Terbuka Kedah di Universiti Utara Malaysia, Sintok dijadualkan 17 dan 18 Julai ini. – PODIUM ON TOUR

Progres Andre di Kazakhstan
7.31m, 7.44m, 7.13m, X, 6.92m, X

Catatan Andre untuk tahun 2026
7.48m – Terbuka Singapura (SB)
7.45m – VTF 1
7.26m – Kejohanan Lompatan Asia
7.21m – Terbuka Korea
7.44m – Qosanov Memorial

Post navigation

Previous: Jonah pecah lagi rekod kebangsaan, catat 19.12m
Next: SSBJ Juniors naik pangkat ke Divisyen 1 MJHL

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.