Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Jonah pecah lagi rekod kebangsaan, catat 19.12m

podiumontour July 1, 2026 2 minutes read
Jonah Chang Rigan

JONAH berada dalam kelas tersendiri apabila memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan baharu 19.12m ketika meraih pingat perak Qosanov Memorial di Kazakhstan malam tadi (30 Jun).

JAGUH lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan terus membuktikan keunggulannya dengan satu lagi rekod baharu kebangsaan, kali ini menerusi catatan 19.12m.

Catatan itu membolehkan Jonah memenangi pingat perak Kejohanan Qosanov Memorial 2026 di Shymkent, Kazakhstan malam tadi (30 Jun).

Ia sekali gus memadam rekod kebangsaan yang baru sahaja dicipta oleh Jonah pada Mei lalu dengan catatan 18.81m dalam Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan.

Apa yang menarik adalah tiga percubaan Jonah pada aksi di Stadium Kazhymukan Munaitpasov itu melepasi rekod lama kebangsaan (18.81m) walaupun tiga lagi lontarannya berakhir batal.

Progres lontaran Jonah
19.12m, X, 18.90m, 19.08m, X, X

Pencapaian terbaharu Jonah melepasi jarak 19m sebenarnya sudah dijangka, namun tidak pasti ia berlaku di kejohanan mana berdasarkan prestasi yang cukup konsisten sepanjang tahun ini.

Dalam empat kejohanan terakhir, pemegang rekod Sukan SEA yang meraih pingat emas edisi Thailand 2025 itu konsisten dengan jarak 18m.

Statistik Jonah untuk tahun 2026
18.32m – VTF 1
18.81m – Kejohanan Balingan Asia
18.28m – Terbuka Taiwan
18.30m – Terbuka Malaysia
19.12m – Qosanov Memorial (NR) 

Kini, Jonah boleh dikatakan layak secara merit ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun pada September nanti kerana jarak 19.12m itu telah melepasi catatan tempat keenam Sukan Asia Hangzhou 2022.

Tempat keenam ketika itu diraih atlet Taiwan, Ma Hau-wei yang membuat lontaran sejauh 18.91m. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: KLSCM 2026 pemilihan awal ke Sukan SEA 2027
Next: Andre raih pingat perak di Qosanov Memorial

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.