Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Armin Zahryl layak dabik dada, catat 7.89s di final

podiumontour February 7, 2026 2 minutes read
Armin

ARMIN (tengah) layak berbangga mampu bersaing sengit dengan pelari-pelari handalan Asia meskipun tidak menaiki podium pada final Asian Indoor 2026. - OLAHRAGA MALAYSIA

DRAMA final 60 meter (m) lari berpagar (hurdles) Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Asia (Asian Indoor) 2026 di Tianjin, China hari ini (7 Februari) memberikan satu pengalaman yang cukup berharga buat Armin Zahryl Abdul Latif.

Apa yang lebih mendebarkan buat Armin pastinya situasi false start yang berlaku dan memakan masa agak lama sebelum pemenang dua pingat perak Asian Indoor dari Kuwait, Yaqoub Alyouha ditunjukkan jalan keluar.

Situasi itu sudah tentu memberikan tekanan tambahan kepada Armin memandangkan ini adalah penampilan indoor yang pertama dalam kariernya, lebih-lebih lagi ia berlaku ketika aksi final.

Ia mungkin sedikit sebanyak ‘mengganggu’ fokus Armin untuk memperbaharui rekod baharu kebangsaan buat kali kedua berturut-turut dalam tempoh kurang 24 jam selepas mencipta masa 7.88 saat (s) di peringkat saringan di sebelah pagi.

Catatan itu memadam rekod 60m indoor kebangsaan berusia 20 tahun yang dicipta oleh Faiz Mohamad sewaktu edisi 2006 di Pattaya, Thailand.

Armin
ARMIN (tengah) mencipta sensasi dengan meraih pingat gangsa 110m berpagar pada Sukan SEA Thailand 2025. – OLAHRAGA MALAYSIA

Apapun, anak jati Terengganu berusia 21 tahun itu layak mendabik dada kerana dia masih berupaya mencetak masa 7.89s di final, hanya kurang 0.01s dengan catatan sebelum itu.

“Jujurnya saya sangat gementar sebab ini kali pertama saya race indoor, lebih-lebih final. Apabila berlaku false start, memang lagi berdebar tetapi saya cuba fokus kepada larian sendiri.

“Walaupun memang saya mahukan catatan terbaik tetapi saya sendiri tak jangka ia berlaku seperti ini. Sebelum race, memang saya akan minta doa daripada ibu dan Alhamdulillah ini semua rezeki daripada Allah,” katanya kepada Podium on Tour.

Pingat emas final acara itu dimenangi naib juara dunia edisi 2025, Liu Junxi dengan masa 7.53s, manakala perak menjadi milik Nomoto Shusei dari Jepun (7.59s).

Tempat ketiga dengan catatan 7.67s dimenangi seorang lagi pelari China, Chen Yuanjiang yang sebelum ini pernah meraih pingat gangsa 110m lari berpagar Kejohanan Remaja Dunia 2024 di Lima, Peru. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Get in line, Jojo here to stay – Johan Ghazali
Next: Isaac Tan ‘tawan’ Asia Tenggara di ATC Putrajaya

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.