Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Isaac Tan ‘tawan’ Asia Tenggara di ATC Putrajaya

podiumontour February 7, 2026 2 minutes read
ATC Putrajaya

ISAAC melintasi garisan penamat sebagai juara kategori Asia Tenggara lelaki ATC Putrajaya di Kompleks Sukan Air Putrajaya hari ini.

ATLET negara, Isaac Tan membanggakan Malaysia apabila mengungguli kategori Asia Tenggara lelaki pada saingan Piala Triatlon Asia (ATC) Putrajaya yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya hari ini (7 Februari).

Walaupun meraih tempat ke-19 keseluruhan, Isaac berjaya menewaskan juara Sukan SEA Thailand 2025 dari Indonesia, Rashif Amila Yaqin dalam kategori yang baru kali pertama diperkenalkan di pentas ATC Putrajaya.

Isaac menamatkan perlumbaan ATC Putrajaya menerusi masa 56 minit 14 saat (s) berbanding Rashif dengan catatan 56:22s di tangga ke-20 keseluruhan.

“Memenangi perlumbaan (ATC Putrajaya) di laman sendiri sangat istimewa. Saya kekal sabar dan percaya kepada pelan perlumbaan selain memberikan segala-galanya hingga ke garisan penamat,” kata Isaac yang pernah didiagnos mengidap autisme.

Kategori Asia Tenggara wanita pula menjadi milik Martina Ayu Pratiwi dari Indonesia yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 dengan masa 1:01:49s.

ATC Putrajaya
OSHIMA meraikan kejayaannya sebagai juara kategori elit lelaki ATC Putrajaya hari ini.

Jaguh triathlon Jepun, Takuto Oshima dan Lin Xinyu dari China masing-masing menjuarai kategori elit lelaki (53:49s) serta wanita (1:00:44s).

Oshima kini di ranking ke-10 Asia menewaskan rakan senegaranya, Kazushi Jozuka (54:00s) dan Genta Uchida (54:02s) untuk merangkul gelaran ketiga ATC selepas turut melakukannya di Subic Bay, Filipina dan Yilan, Taiwan tahun lalu.

“Ini kali pertama saya berlumba di Malaysia dan harus diakui ia merupakan negara yang hebat. Cuacanya sangat panas dan mencabar fizikal tetapi saya dapat mengharungi perlumbaan dengan baik,” jelas Oshima.

ATC Putrajaya
XINYU (kanan) menewaskan rakan senegaranya, Meiyi dengan perbezaan masa satu saat untuk menjuarai kategori elit wanita ATC Putrajaya.

Sementara itu, Xinyu selaku pemenang pingat perak Sukan Asia Hangzhou 2022 menyifatkan, keadaan cuaca yang sangat mencabar membuatkan kemenangannya lebih bermakna.

“Semua atlet berlumba dalam cuaca yang sama. Cuaca sangat panas dan mencabar, jadi mencatat kemenangan di Malaysia membuatkan saya rasa sangat bangga,” kata Xinyu yang menewaskan Lu Mieyi (China) dan Mako Hiraizumi (Jepun).

Sebagai rekod, ATC Putrajaya 2026 anjuran Eventure Global dengan sokongan Malaysia Triahtlon dan menjadi sebahagian daripada festival sukan dua hari melibatkan perlumbaan elit, junior, belia serta kumpulan umur. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Armin Zahryl layak dabik dada, catat 7.89s di final
Next: “Lutut okey – Faizal”, berita baik buat Speedy Tigers

Related Stories

Syamimi Amalia Hyrox
  • Sukan Lain

Syamimi Amalia tak menyesal pilih Hyrox

podiumontour May 15, 2026
KL Wildcats NSL
  • Sukan Lain

KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua

podiumontour May 14, 2026
Maisarah NSL
  • Sukan Lain

Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels

podiumontour May 13, 2026

Recent Posts

  • Piala Asia B18 platform Dheeressh capai impian
  • Zariefah Dania mahu jadi kapten Malaysian Tigress
  • Peluang Izzatul Musfirah tebus final edisi 2024
  • Podium jadi sasaran dua skuad negara di Piala Asia B18
  • Pengalaman bernilai sebelum Kejohanan Asia B20
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.