Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Azeem Fahmi ‘on fire’, hampiri prestasi terbaik

podiumontour April 19, 2026 1 minute read
Azeem

AZEEM mencatat masa 10.17s dengan bantuan angin 2.9 m/s pada saingan Tom Jones Memorial di Florida awal pagi tadi (19 April).

PELARI terpantas Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi mula menemui rentak larian terbaik untuk memadam rekod 100 meter (m) kebangsaan, 10.09 saat (s) miliknya.

Ia menerusi catatan 10.17s yang diciptanya dalam saingan Tom Jones Memorial di Pearcy Beard Track, Gainsville, Florida awal pagi tadi (19 April).

Menariknya, ia adalah catatan terpantas Azeem dalam tempoh 3 tahun sejak 2023 sekali gus memberikan keyakinan baharu untuk dia mengatasi rekod kebangsaan.

10.17s itu boleh menjadi petanda awal yang cukup positif kerana Azeem juga akan turun ke Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September nanti sebagai pemenang pingat gangsa edisi terdahulu.

Untuk info, ini adalah perlumbaan 100m yang kedua buat Azeem dalam tahun 2026 selepas mencatat 10.33s pada aksi Yellow Jacket Invitational bulan lepas.

Dua rakan sepasukan Azeem di Universiti Auburn, Kayinsola Ajayi dan Israel Okon yang masing-masing mencatat 9.90s serta 9.95s awal pagi tadi, pastinya mampu ‘menarik’ Azeem merakam masa lebih pantas. – PODIUM ON TOUR

Top 10 catatan 100m Azeem

10.09s (2022)
10.11s (2023
10.14s (2022)
10.17s (2026)**
10.17s (2023)
10.19s (2023)
10.20s (2025)
10.21s (2023)
10.24s (2023)
10.24s (2023)

KREDIT FOTO – AUBURN UNIVERSITY

Post navigation

Previous: VTF pentas Sadat ‘panas badan’ sebelum Mokpo
Next: Kunci kejayaan Sarah Adi akhiri penantian 3 tahun

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.