Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Kunci kejayaan Sarah Adi akhiri penantian 3 tahun

podiumontour April 19, 2026 2 minutes read
Sarah Adi

SARAH (dari kiri) dan Shahreena mendengar arahan daripada Roslinda pada saingan Siri 1 Cabaran Lompat Bergalah Kebangsaan di UPM semalam. - OLAHRAGA MALAYSIA

GALAH baharu menjadi faktor utama kejayaan atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi berjaya menamatkan penantian tiga tahun untuk melepasi had ketinggian 4.00 meter (m).

Sarah, 26, melakukannya ketika menjuarai Siri 1 Cabaran Lompat Bergalah Kebangsaan 2026 di Stadium Olahraga Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam (18 April) yang turut disertai atlet-atlet Thailand dan Singapura.

Kali terakhir Sarah melepasi had ketinggian tersebut menerusi catatan 4.05m yang merupakan rekod peribadinya (PB) di Sukan SEA Kemboja 2023.

“Sebenarnya saya sasar 3.90m dulu, bila dah lepas, baru fikir nak cuba semula 4m. Paling seronok akhirnya boleh pakai galah baru walaupun masih tak serasi tetapi sekurang-kurangnya dah mampu guna.

“Galah baru ni dah ada sejak 2023 tapi tak sempat pakai sebab saya cedera,” katanya kepada Podium On Tour.

Buat masa ini, atlet dari Pahang itu mahu mencari keserasian terlebih dahulu dengan galah baharu pada Kejohanan Lompat Bergalah Antarabangsa Busan di Pantai Gwangalli, Korea Selatan, 30 Mei ini.

“Saya perlu masa, tak boleh terburu-buru walaupun saya nak lompat 4.20m sebelum Sukan Asia tak kisah di mana-mana kejohanan. Kemudian baru rekod kebangsaan di Sukan Asia,” jelasnya.

Seorang lagi atlet muda lompat bergalah wanita, Nur Shahreena Jamizan berjaya melepasi had ketinggian 3.30m pada kejohanan tersebut.

Rekod kebangsaan masih kekal milik legenda lompat bergalah kebangsaan yang kini melatihnya, Roslinda Samsu dengan catatan 4.40m dilakukan di Mataro, Sepanyol pada 2006. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Azeem Fahmi ‘on fire’, hampiri prestasi terbaik
Next: Elvin kini ranking No.1 Malaysia 110m berpagar

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.