Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

VTF pentas Sadat ‘panas badan’ sebelum Mokpo

podiumontour April 19, 2026 1 minute read
Sadat

SADAT meraikan kejayaan memenangi pingat emas VTF 1 2026 semalam.

PEMENANG pingat perak Sukan SEA Thailand 2025, Sadat Marzuqi Ajisan mahu jarak sekurang-kurangnya 61 meter (m) pada Kejohanan Balingan di Mokpo, Korea Selatan dari 2 hingga 3 Mei ini.

Sadat merasakan persediaannya berada pada landasan betul berdasarkan prestasi dalam kejohanan pertamanya tahun ini, Varsity Track & Field (VTF) 1 2026.

Pada saingan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hari ini (18 April), Sadat, 25, berjaya mencatat 59.64 meter (m) pada aksi final acara baling tukul besi.

“Untuk kejohanan pembukaan ini saya puas hati sebab dapat buat jarak 59m, kira okey. Saya akan buat catatan lebih baik dalam kejohanan selepas ini.

“Mungkin di Mokpo awal bulan depan dan saya sasarkan (jarak) 61m ke atas,” katanya kepada Podium On Tour.

Saingan VTF 1 2026 secara tidak langsung menjadi platform pemanas terbaik buat Sadat yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM).

Rakan sepasukannya, Aiman Hakim Jamal meraih tempat kedua dengan catatan 43.59m, manakala gangsa dimenangi atlet Universiti Teknologi Mara (UiTM), Rizad Azri Che Radzi. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: UPSI ‘kilang baharu’ pecut wanita, pecah rekod VTF
Next: Azeem Fahmi ‘on fire’, hampiri prestasi terbaik

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.