Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Erry Hidayat raih emas, ikut jejak bapa di Komanwel

podiumontour July 28, 2026 1 minute read
Erry Komanwel

ERRY memenangi pingat emas pertamanya di pentas Sukan Komanwel pada edisi Glasgow 2026. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

IMPIAN selama 12 tahun jaguh angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat untuk meraih pingat emas pertamanya di pentas Sukan Komanwel akhirnya tertunai pada edisi Glasgow 2026.

Erry menjuarai kategori 73kg dengan jumlah angkatan keseluruhan 331kg menerusi snatch 147kg dan clean & jerk 184kg, sekali gus memecahkan rekod Sukan Komanwel.

Ia menjadi detik bersejarah buat Erry kerana akhirnya berjaya mengulangi kejayaan bapanya, Hidayat Hamidon pernah meraih pingat emas Komanwel KL 1998.

“Daripada saya mula main angkat berat, memang nak emas Komanwel. Bukan nk masuk Olimpik atau apa, saya nak emas Komanwel, nak ikut jejak langkah ayah.

“Setelah 3 kali percubaan, 12 tahun… saya dapat juga pingat emas. Saya dah tunaikan janji ayah untuk pingat emas,” kata Erry yang sebelum ini menang pingat perak di Birmingham 2022,” katanya.

Valluri Ajaya Babu (India) dan Chris Murray (England) melengkapkan kedudukan podium dan meraih pingat perak serta gangsa dengan jumlah angkatan seberat 330kg dan 325kg masing-masing. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Aznil cipta sejarah, atlet pertama hatrik emas Sukan Komanwel
Next: Hafizuddin tuai emas keempat Komanwel

Related Stories

Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026
Jojo
  • Sukan Lain

Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash

podiumontour July 31, 2026
Aqilah
  • Sukan Lain

Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat

podiumontour July 31, 2026

Recent Posts

  • Puripol sub10 lagi, catata 9.99s di Rep. Czech
  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.