Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026 2 minutes read
Masters Dunia

ELANGOVAN (dari kiri), Suresh dan Sukhraj berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat perak 10km jalan kaki berpasukan lelaki M50 Masters Dunia 2026.

ATLET veteran negara, Suresh Kumar Goobinnaan berbangga dengan pencapaiannya meraih pingat perak dalam penampilan di pentas Kejohanan Olahraga Masters Dunia (WMAC) pada edisi Daegu 2026 di Korea Selatan.

Kali ini Suresh, 54, membentuk gandingan dengan Elangovan Sithiram Suppiah, 71, dan Sukhraj Singh Dhillon, 57, untuk meraih tempat kedua 10 kilometer jalan kaki berpasukan lelaki M50 (50 tahun ke atas) baru-baru ini.

Suresh menamatkan saingan dengan masa satu jam lima minit 40 saat, Elangovan 1:17:10s dan Sukhraj 1:24:12s untuk merekodkan catatan keseluruhan 3:47:02s.

Wakil negara berjaya mengetepikan cabaran Taiwan yang memenangi pingat gangsa dengan masa keseluruhan 3:54:25s, manakala emas dimenangi Hong Kong (3:16:35s).

“Kami sangat bekerja keras dengan latihan jalan kaki untuk memenangi pingat buat negara dan akhirnya tercapai. Segala kerja keras kami akhirnya menuai hasil lumayan.

“Kami tiada tajaan, guna wang sendiri untuk penyertaan di kejohanan ini. Diharap pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan) atau sesiapa pun boleh bantu atlet-atlet masters Malaysia.

“Persiapan kami agak mencabar sebab ada kecederaan dan tugasan pejabat. Namun, sasaran kami mesti menang pingat untuk Malaysia dan syukur akhirnya kami dapat No.2,” kata Suresh kepada Podium On Tour.

Ia juga adalah pingat perak peribadi kedua Suresh di pentas Masters Dunia.

Sebelum ini, beliau pernah meraih tempat kedua 10km jalan kaki berpasukan lelaki M40-44 bersama Thomas Kok dan Tani Clace Sebastian pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Masters Dunia 2017. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Jeng Tzan cetus inspirasi, menang gangsa Masters Dunia
Next: Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.