Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Hafizuddin tuai emas keempat Komanwel

podiumontour July 28, 2026 1 minute read
Hafizuddin Komanwel

HAFIZUDDIN mencipta sensasi dalam penampilan pertamanya apabila memenangi pingat emas dengan dua rekod baharu Sukan Komanwel. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

KEM angkat berat negara terus mencipta sensasi apabila menghadiahkan pingat emas keempat buat Malaysia di pentas Sukan Komanwel Glasgow 2026 kali ini menerusi badang Perlis, Muhammad Hafizuddin Roslin.

Menariknya, Hafizuddin turut mencipta dua rekod baharu Sukan Komanwel dan satu rekod kebangsaan dalam kategori bawah 88 kilogram (kg) hari ini.

Turun beraksi dalam penampilan pertama di Sukan Komanwel ternyata membawa tuah buat Hafizuddin apabila memenangi pingat emas dengan angkatan 162kg (snatch), 183kg (clean and jerk) dengan jumlah keseluruhan 345kg.

Angkatan snatch 162kg itu menjadi rekod baharu Sukan Komanwel dan pada masa sama turut memecahkan rekod kebangsaan 160kg yang diciptanya di Sukan SEA Thailand 2025.

Jumlah angkatan keseluruhan 345kg juga membolehkan Hafizuddin mencatat satu lagi rekod baharu Sukan Komanwel.

Pingat perak dimenangi Cameraon McTaggart dari New Zealand, manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Scotland, Angus Doig. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Erry Hidayat raih emas, ikut jejak bapa di Komanwel
Next: Izzat Shameer tamat penantian 96 tahun Malaysia

Related Stories

Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026
Jojo
  • Sukan Lain

Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash

podiumontour July 31, 2026
Aqilah
  • Sukan Lain

Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat

podiumontour July 31, 2026

Recent Posts

  • Puripol sub10 lagi, catata 9.99s di Rep. Czech
  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.