Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Gerfan bawa ‘bekal’ emas SUKMA, MSSM ke YOG 2026

podiumontour September 21, 2026 2 minutes read
Gerfan MSSM

GERFAN cemerlang melepasi had ketinggian 4.60m untuk memenangi pingat emas MSSM di Stadium UPM, Serdang minggu lalu.

BINTANG muda dalam pembikinan negara, Gerfan Nigel Frank menepati statusnya apabila memenangi pingat emas lompat bergalah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 di Stadium UPM minggu lalu.

Gerfan, 16, menganggapnya satu pencapaian istimewa kerana selain mempertahankan pingat emas MSSM dimenanginya tahun lalu, ia juga kejayaan kedua berturut-turut selepas turut menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 pada Ogos.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

Bagaimanapun, atlet dari Sabah itu sedikit kecewa kerana hasratnya memecahkan rekod lompat bergalah MSSM milik Iskandar Alwi iaitu 4.73 meter (m) tidak berjaya.

“Saya berpuas hati dan gembira kerana dua kali berturut-turut dapat tempat pertama (SUKMA dan MSSM). Cumanya ada sedikit kecewa sebab saya mahu pecahkan rekod (MSSM).

“Tahun lepas saya menang emas MSSM, jadi kali ini memang niat mahu pecahkan rekod itu. Dalam Latihan, saya ada cuba lepasi had ketinggian 4.80m tetapi hari ini tak berjaya,” katanya kepada Podium On Tour.

Dalam masa sama, Gerfan berharap dia dapat memberikan prestasi yang lebih bagus apabila turun mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2026 di Dakar, Senegal bermula November ini.

Gerfan memenangi pingat emas dengan catatan 4.60m, namun percubaannya untuk melepasi had ketinggian 4.74m tidak berjaya dalam usaha memadam rekod MSSM.

Pingat perak MSSM 2026 menjadi milik rakan senegerinya dari Sabah, Muhammad Azwan Syarul Nizam Azman dengan catatan 4.05m, manakala gangsa menjadi milik atlet Pulau Pinang, Bryan Quaik Zhen Yan (3.70m).

Sebagai rekod, Gerfan menjuarai SUKMA 2026 dengan catatan 4.55m, menewaskan Abu Bakar Abdul Wahid dari Kedah di tempat kedua (4.40m) dan atlet Pulau Pinang, Darell Kit Ric Yee yang memenangi pingat gangsa (4.30m).

Tahun lalu, dia turut mencipta sensasi apabila memenangi pingat perak Sukan Remaja Asia (AYG) 2025 di Bahrain dengan catatan 4.50m. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Faizal tamat penantian lebih 2 tahun ledak hatrik
Next: Syafiqah pecah rekod MSSM berusia 21 tahun

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.