Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Syafiqah pecah rekod MSSM berusia 21 tahun

podiumontour September 21, 2026 2 minutes read
Rekod MSSM

SYAFIQAH menunjukkan reaksi gembira selepas memenangi pingat emas lompat bergalah MSSM 2026 di Stadium UPM, Serdang minggu lalu.

ATLET lompat bergalah Selangor, Syafiqah Mohd Azrul Ikram menjadi pemecah rekod pertama Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) edisi 2026.

Menariknya, Syafiqah berjaya memecahkan rekod berusia 21 tahun dengan catatan baharu 3.46 meter (m) di Stadium UPM minggu lalu, memadam rekod lama 3.45m yang dilakukan oleh Noor Akmar Abd Fatah pada 2005.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

Bagi atlet berusia 18 tahun, kejayaan pingat emas beserta rekod baharu itu menjadi penutup sempurna buat dirinya untuk tahun ini selepas terdahulu turut meraih tempat kedua Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 pada Ogos lalu.

“Sebenarnya tahun lepas saya jatuh teruk dan saya sedang cuba untuk naik semula tahun ini. Sasaran utama untuk tahun ini adalah SUKMA dan MSSM nak emas sahaja.

“Selepas SUKMA tempoh hari, jurulatih ingatkan bahawa saya boleh pecahkan rekod MSSM. Jadi habis sahaja SUKMA, saya usaha, latih habis-habisan dan jujurnya saya tak jangka dapat realisasikannya (pecah rekod MSSM).

“Ini kejohanan besar terakhir saya untuk tahun ini dan Alhamdulillah saya dapat tutupnya dengan baik,” kata Syafiqah yang merupakan anak didik kepada pemegang rekod lompat galah kebangsaan, Roslinda Samsu.

Rekod MSSM
SYAFIQAH berjaya melepasi had ketinggian 3.46m untuk memadam rekod MSSM berusia 21 tahun.

Sementara itu, Syafiqah turut menyasarkan untuk cuba menempatkan dirinya dalam program pelapis kebangsaan sekiranya Berjaya melepasi had ketinggian 3.50m.

“Kalau lepas 3.50m ada peluang cuba masuk tetapi saya buat 3.46m. Tiada rezeki tetapi saya tetap bersyukur sebab ini adalah PB (rekod peribadi) baharu, sebelum ini 3.40m di SUKMA,” jelasnya.

Pingat perak menjadi milik atlet Sabah, Nur Azharieyna Azenie dengan catatan 3.10m, manakala gangsa dimenangi Syifa Qaisarah Irwan Budiana Hamsa (2.55m).

Sebagai rekod, Syafiqah sebelum ini memenangi pingat perak SUKMA 2026, tewas kepada Samantha Mae Godfrey Binting yang mencatat 3.45m sementara gangsa ketika itu diraih Noor Shahreena Jamizan dari Pahang (3.35m). – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Gerfan bawa ‘bekal’ emas SUKMA, MSSM ke YOG 2026
Next: Malaysian Tigress ‘berpeluh’ sebelum atasi Bangladesh

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.