Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Pecah rekod MSSM, Qaseh kini buru ‘straight A+’ SPM

podiumontour September 29, 2026 2 minutes read
Qaseh Kiasatina MSSM SPM

QASEH berada dalam kelas tersendiri apabila dua kali memecahkan rekod MSSM dalam acara 100m lari berpagar. 

PEMECAH rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026, Nur Qaseh Kiasatina Nurul Hisyam berharap dapat memberikan prestasi yang cemerlang dalam satu lagi ‘peperangan’ penting selepas ini.

Qaseh, 17, memadam rekod MSSM sebanyak dua kali acara 100 meter lari berpagar (100mh) P18 dengan catatan 14.11 saat (s) di separuh akhir, memadam masa 14.48s dilakukan Penny Teh Pei Wen tahun lalu.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

Dia kemudiannya memecahkan rekod tersebut di pentas final untuk memenangi pingat emas dengan masa 13.87s pada final 100mh P18 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 22 September lalu.

Kejayaan itu melonjakkan motivasinya untuk meraih satu lagi keputusan cemerlang, kali ini demi masa depannya iaitu peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) 2026.

“Saya puas hati dengan MSSM kali ini sebab dapat buat sub14 untuk 100m berpagar dan pecahkan rekod MSSM. Saya harap rekod itu dapat bertahan lama dan selepas ini saya akan fokus kepada SPM.

Qaseh Kiasatina MSSM SPM
QASEH (depan) melintasi garisan penamat sebagai pemenang acara final 100m lari berpagar P18 MSSM 2026. (Imej dipertingkatkan menggunakan AI)

“Untuk MSSM kali ini dekat dengan SPM. November nanti kami akan menduduki peperiksaan, jadi harap dapat beri tumpuan penuh kepada pelajaran, sama macam saya beri tumpuan kepada sukan.

“Saya sasar untuk dapat straight A+ dan selepas itu harap dapat memohon biasiswa PETRONAS. Kalau tak dapat, saya akan pergi ke UM (Universiti Malaya) untuk ambil bidang Sains Sosial,” kata Qaseh.

Pelajar dari SMK Seksyen Sebelas, Selangor itu turut memenangi pingat perak 200m dengan rekod peribadi (PB) baharu 24.93s dan tempat kedua 4x100m.

Dalam masa sama, impian untuk terus mengembangkan karier olahraga turut kekal menjadi pembakar semangat apabila dia menyasarkan peluang beraksi di pentas lebih besar seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.

Qaseh Kiasatina MSSM SPM
QASEH (tengah) memasang impian untuk meraih keputusan 9A+ SPM 2026 bagi membolehkannya memohon biasiswa PETRONAS selepas ini.

“Untuk 200m saya dapat catat sub25. Saya rasa itu pun sudah okey sebab tahun ini saya belum pernah lagi catat masa bawah 25 saat.

“Selepas saya tak dapat PB di SUKMA, saya memang puas hati dapat buat pencapaian ini di MSSM dan impian mestilah nak bertanding di Sukan SEA atau Sukan Asia,” jelas Qaseh.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan dari 26 hingga 29 Oktober ini diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (2-5 November), Ujian Amali Sains (16-18 November, Ujian Mendengar Bahasa Melayu (23 November) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (24 November).

Kemudian peperiksaan bertulis SPM 2026 akan dijalankan dari 23 November hingga 17 Disember nanti. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Tamat MSSM, ratu pecut mahu ‘perform’ di dewan peperiksaan
Next: Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.