Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Izzat Shameer tamat penantian 96 tahun Malaysia

podiumontour July 28, 2026 1 minute read
Izzat Shameer

IZZAT menamatkan saingan singles lelaki Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan kejayaan pingat perak yang cukup bersejarah buat Malaysia. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

MESKIPUN terlepas pingat emas tetapi pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple tetap layak diangkat sebagai wira Malaysia atas kejayaannya memenangi perak Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Ia adalah pencapaian cukup bersejarah buat Malaysia apabila menamatkan penantian 96 tahun untuk meraih pingat pertama bagi acara singles lelaki di pentas Sukan Komanwel sejak mula dipertandingkan pada 1930.

Pada aksi final di Scottish Event Campus hari ini, Izzat terpaksa akur dengan kehebatan lawan dari England, Sam Tolchard yang mencatat kemenangan 2-0.

Pencapaian terbaik skuad boling padang negara bagi acara singles lelaki adalah melalui Fairul Izwan Abdul Muin yang sebelum ini meraih tempat keempat sewaktu edisi Birmingham 2022. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Hafizuddin tuai emas keempat Komanwel
Next: Pencapaian Aleena, Syafiqa tetap membanggakan

Related Stories

boling padang
  • Sukan Lain

Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

podiumontour September 29, 2026
Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.