Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Piala Puteri ke-26 semarak semangat komuniti golf

podiumontour February 6, 2026 2 minutes read
Piala Puteri

BARISAN kepimpinan MALGA dan semua peserta bergambar kenangan sebelum memulakan saingan Piala Puteri ke-26 di Kelab Golf Glenmarie pada Selasa lalu. - MALGA

OBJEKTIF penganjuran Kejohanan Golf Piala Puteri anjuran Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) sebagai salah satu platform untuk menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti golf tercapai.

Menariknya, perebutan untuk merebut gelaran juara Piala Puteri bagi edisi ke-26 kali ini yang diadakan di Glenmarie Golf & Country Club pada Selasa lalu berlangsung penuh rancak.

Seramai 72 pemain terdiri daripada 40 wanita dan 32 lelaki mengambil bahagian tampil memperagakan kemahiran permainan masing-masing pada saingan berprestij Piala Puteri itu. kejohanan berprestij tahunan berkenaan.

Piala Puteri
NORFAIZAH ZAINAL (kanan) dan Yap Choy Heong ceria menunjukkan trofi kemenangan kategori wanita Piala Puteri ke-26 di Kelab Golf Glenmarie pada Selasa lalu. – MALGA

Ia sekali gus mencapai matlamat kejohanan tahunan tersebut yang secara tidak langsung mahu mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta.

Juara kategori wanita menjadi milik Datuk Norfaizah Zainal yang bergandingan dengan Yap Choy Heong (June) sementara Datin Normila M Sulaiman dan Norlida Anis meraih tempat kedua.

Presiden MALGA, Tunku Puteri Puan Sri Datuk Seri Jawahir ­Tuanku Ja’afar dan Ireen Teng Kim Geok turut cemerlang apabila mengakhiri saingan sebagai pemenang tempat ketiga Piala Puteri.

Piala Puteri
TUNKU JAWAHIR (kanan) masih dalam kelas tersendiri apabila memenangi tempat ketiga keseluruhan kategori wanita Piala Puteri ke-26 di Kelab Gol Glenmarie pada Selasa lalu. – MALGA

Bagi kategori lelaki, juara dimenangi oleh Tengku Datuk Azran Abdul Jawaad dan Steve Somers, tempat kedua diraih Datuk Che Mat Che Ismail dan Ir. Nik Areez Datuk Ariffin sementara Datuk Ganesin Supaya bersama Satheisen Ganesin meraih tempat ketiga.

Penganjuran edisi ke-26 itu turut diserikan engan penajaan daripada escentials, Dolce & Gabanna, Supergoop, Rabanne, Clark’s, Bvlgari, Aveda, Caroline Herrera, MST Golf dan Kopinuts.

Bagi MALGA, Piala Puteri akan terus kekal antara kejohanan golf berprestij yang dinanti-nantikan setiap tahun dan dijangka diteruskan dengan penganjuran lebih mantap pada masa hadapan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MALGA

Post navigation

Previous: Cuaca sejuk -6 jejaskan Andre di Asian Indoor
Next: Get in line, Jojo here to stay – Johan Ghazali

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.