Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Cuaca sejuk -6 jejaskan Andre di Asian Indoor

podiumontour February 6, 2026 2 minutes read
Andre

ANDRE tetap mengambil dari sudut positif pengalaman pertamanya di pentas Asian Indoor biarpun mencatat 15.15m sahaja. - OLAHRAGA MALAYSIA

HASRAT jaguh lompat kijang negara, Andre Anura Anuar untuk mencipta rekod baharu kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Asia (Asian Indoor) 2026 di Tianjin, China tak kesampaian.

Cuaca sejuk dengan suhu -6 darjah Celcius menjadi salah satu faktor utama Andre, 26, terpaksa akur menamatkan saingan di Pusat Sukan Tianbo hari ini (6 Februari) menerusi lompatan sejauh 15.15 meter (m).

Jika dilihat kepada statistik, ia adalah jarak ketiga terendah daripada Andre dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini yang mana sebelum ini dia pernah melakukan 14.95m dan 14.83m masing-masing pada Julai serta Oktober 2024.

Sepanjang tahun lalu, catatan terendah Andre dalam acara lompat kijang adalah 15.48m ketika
menyertai Kejohanan Olahraga Hong Kong pada 11 Mei 2025.

“Lompatan pagi ini agak sukar sebab cuaca sejuk, ada salji juga turun (luar stadium). Atlet India (Praveen Chithravel) yang kelas dunia pun bergelut nak lompat, PB dia 17.37m tapi dia dapat No.4 tadi dengan jarak 16.22m.

“Kalau secara keseluruhan, semua jumper (atlet) bergelut untuk ompat termasuk atlet-atlet dari China. Mereka pun lompat jauh dari PB (rekod peribadi) sebenar, kurang satu meter daripada PB.

“Sebenarnya memang dah jangka suhu sini sejuk tetapi ini pertama kali bertanding untuk indoor, jadi saya gembira dan anggap ini satu pengalaman berharga untuk karier saya,” kata Andre kepada Podium on Tour.

Kedudukan podium bagi acara lompat kijang disapu bersih ketiga-tiga atlet China dengan Su Wen meraih emas (16.55m) diikuti Jiao Xinping (16.47m) dan Ma Yinglong (16.45m).

Tanpa kehadiran jurulatih di sini, Ahmad Firdaus Salim, Andre kelihatan agak bergelut untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan persekitaran apabila tiga lompatannya batal manakala baki tiga lagi percubaan hanyalah 14.97m, 15.15m dan 14.97m.

Ini bermakna rekod lompat kijang kebangsaan yang sudah berusia sembilan tahun dengan catatan 16.77m masih kekal milik Muhammad Hakimi Ismail.

Catatan indoor kebangsaan bagi acara lompat kijang itu juga yang sebelum ini dicipta Hakimi Ismail ketika edisi Asian Indoor 2014 di Hangzhou terus bertahan dengan jarak 16m. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Aruwin wakil tunggal Malaysia di Winter Olympics
Next: Piala Puteri ke-26 semarak semangat komuniti golf

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.