Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Valor Fencing ‘bantu’ leraikan kemarau 10 tahun

podiumontour January 29, 2026 2 minutes read
Valor Fencing

PENG KEAN (tengah) bersama berpasukan sabre lelaki yang memenangi pingat perak Sukan SEA 2025 di Bangkok pada Disember lalu. - VALOR FENCING

WALAUPUN skuad lawan pedang negara sekadar meraih dua pingat perak pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 hujung tahun lalu tetapi ia tetap memberi 1,001 makna buat Valor Fencing Academy.

Bagi Valor Fencing, Kejayaan itu amat manis kerana menamatkan penantian 10 tahun Malaysia meraih pingat dalam acara sabre lawan pedang selepas kali terakhir melakukannya pada edisi Singapura 2015.

Pengasas bersama Valor Fencing, Yu Peng Kean adalah pemain lawan pedang sabre terakhir yang memenanginya ketika itu selepas meraih gangsa individu dan berpasukan lelaki.

Selepas Olimpian itu bersara dan beralih ke bidang kejurulatihan akademi, kini giliran dua anak didiknya di Valor Fencing mengulangi pencapaian itu menerusi Terry Lee Dong Wei dan Sebastian Lim Jia Sheng.

Kedua-duanya bergandingan bersama Wong Tzer Chyuan dan Syed Adam Emir Aidi Putra memenangi pingat perak sabre berpasukan lelaki di Bangkok, selepas tewas 27-46 kepada Vietnam di pentas final.

“Kami ada lima atlet di Sukan SEA 2025 lalu iaitu Terry Lee, Sebastian Lim, Nur Irdina Armani Imran (sabre individu wanita), Hen Yu Sheng (foil berpasukan lelaki) dan Surayya Rizzal (foil individu Wanita).

“Kami sangat bangga setelah 10 tahun tiada pingat (acara sabre), akhirnya kita berjaya tamatkannya di Sukan SEA 2025. Satu lagi pingat perak Malaysia di Bangkok dimenangi foil berpasukan lelaki.

“Ia detik yang sangat bermakna buat Valor Fencing kerana selain itu, atlet kita seperti seperti Nur Irdina juga tunjukkan semangat, keberanian melawan walaupun ini dalah penampilan pertama di Sukan SEA,” kata Peng Kean.

Peng Kean yang pernah beraksi di Sukan Olimpik London 2012, merakam penghargaan buat Persekutuan Lawan Pedang Malaysia kerana memberikan peluang kepada atlet-atlet Valor Fencing Academy menyertai Sukan SEA 2025.

“Tidak lupa juga barisan jurulatih Valor Fencing, Husnul, Ariezzat, Syukram Hen Hui dan semua rakan sepasukan yang memainkan peranan penting di belakang tabir untuk membantu sukan lawan pedang,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – VALOR FENCING ACADEMY

Post navigation

Previous: MALGA komited perkasa bakat muda golf wanita
Next: Andre sasar rekod Malaysia di Asian Indoor 2026

Related Stories

Syamimi Amalia Hyrox
  • Sukan Lain

Syamimi Amalia tak menyesal pilih Hyrox

podiumontour May 15, 2026
KL Wildcats NSL
  • Sukan Lain

KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua

podiumontour May 14, 2026
Maisarah NSL
  • Sukan Lain

Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels

podiumontour May 13, 2026

Recent Posts

  • Piala Asia B18 platform Dheeressh capai impian
  • Zariefah Dania mahu jadi kapten Malaysian Tigress
  • Peluang Izzatul Musfirah tebus final edisi 2024
  • Podium jadi sasaran dua skuad negara di Piala Asia B18
  • Pengalaman bernilai sebelum Kejohanan Asia B20
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.