AZEEM turut bertekad untuk melayakkan diri ke final acara individu di pentas NCAA tahun ini. - AUBURN TIGERS
BINTANG pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi memasang impian besar pada tahun terakhirnya di Amerika Syarikat (AS) dengan mempertahan gelaran Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) buat kali ketiga berturut-turut.
Azeem, 22, menggalas harapan besar untuk melakar kejayaan hatrik bersama Universiti Auburn dalam acara 4×100 meter (m) yang mana ia akan menjadi detik istimewa buat kariernya di pentas NCAA.
NCAA adalah satu pentas cukup berprestij di peringkat kolej dan universiti di AS selain statusnya antara kejohanan tertua di dunia yang sudah berlangsung selama 105 tahun sejak 1921.
Disebabkan itu, Azeem selaku pemegang rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.09 saat (s), memilih untuk beraksi di NCAA Indoor 2026 berbanding World Indoor 2026 (Olahraga Dalam Dewan Dunia) di Torun, Poland.
Tarikh kejohanan juga antara faktor Azeem memilih NCAA Indoor 2026 yang akan diadakan di Randal Tyson Center, Arkansas pada 13 dan 14 Mac, berbanding World Indoor seminggu selepas itu pada 20 hingga 22 Mac.

Pastinya pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu mahu melayakkan diri ke final 60m NCAA Indoor buat kali pertama dan terakhir bersama Universiti Auburn.
Azeem perlu melepasi had masa 6.55s untuk merebut lapan slot final NCAA Indoor, sekali gus mencipta rekod baharu 60m dalam dewan kebangsaan, 6.56s diciptanya tahun lalu.
Tahun lalu, dua rakan sepasukan Azeem dari Nigeria, Kanyinsola Ajayi dan Israel Okon masing-masing meraih pingat perak dan gangsa 60m dalam dewan final NCAA Indoor 2025 yang merupakan podium pertama Auburn sejak 2018.
Setakat ini, atlet dari Teluk Intan, Perak itu sudah mengharungi dua perlumbaan 60m dalam dewan dengan masa konsisten 6.60s pada UAB Blazer Invitational dan Terbuka Samford dalam bulan ini.
Berdasarkan jadual, Azeem akan menghadapi dua atau tiga kejohanan lagi sebelum NCAA Indoor bermula Bob Pollock Invitational pada Sabtu ini. – PODIUM ON TOUR
PENCAPAIAN AZEEM DI UNIVERSITI AUBURN
2025 NCAA Outdoor National Champion (4x100m relay)
2025 NCAA Outdoor First Team All-American (4x100m relay)
2025 NCAA Indoor Second Team All-American (60m)
2025 SEC Indoor Bronze Medalists (60m)
2025 SEC Indoor Third Team (60m)
2024 NCAA Outdoor National Champion (4x100m relay)
KREDIT FOTO – AUBURN TIGERS
1 thought on “Azeem pilih NCAA Indoor, tidak ke World Indoor”
Comments are closed.